Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Masak sup ketam


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Perasan tak setiap kali kita dapat beli ketam mesti nak masak lemak cili api, masak bercili, masak goreng telur masin dan pelbagai lagi. Dan kalau korang nampak orang buat sup ketam aje mesti ingat makan disebabkan nak baik dari DENGGI kan. Itu lah dia....kolin nak ubah konsep itu.

Kali ini kolin ke pasar selayang dan beli ketam. Dan siapa sangka, hati terbuka nak masak sup ketam untuk hidangan makan malam. Terus terang kolin tak pernah masak sup ketam pun selama ini. Jadi kali ini saja yang perkenalkan anak-anak dengan hidangan sup ketam. Masakan simple, tapi percayalah cakap kolin, keluarga korang pasti suka. So hidangan sup ketam bukan terhad disebabkan nak baik dari Denggi ok.


Sup ini langsung tidak mengunakan minyak.

Bahan yang kolin tumis.

Bawang merah
bawang putih
halia
dan sedikit halba campuran yang selalu ada dalam sup bunjut.

Semua itu kolin tumbuk sekali dan gunakan air untuk menumis. Tiada minyak langsung.

Kemudian, kolin masukkan beberapa batang cili padi, ubi kentang yang telah dipotong dadu. Semua itu kolin pastikan empuk dan naik bau wangi. Dah lama sikit tambah air lagi, biarkan mendidih lagi. Disebabkan ketam tu cepat masak, kolin saja masuk lambat sedikit. Dah mendidih dan nampak dah sekata kolin masukkan ketam. Ikutlah berapa ekor korang suka. Dan resipi ini kolin akan cuba buat setiap bulan. Sebab apa, nak jadikan menu ini hidangan sihat dan lazat buat kolin keluarga. Nak tukar lah konsep makan sup ketam aje pasal penyakit kan. Kalau lah sup ini betul boleh melawan penyakit, kenapa kita tak boleh jadikan masakan ini sebagai salah satu hidangan mewah keluarga kita, betul tak !

Last sekali masukkan daun sup yang dihiris ok. Bagi wangi meletup sikit bau sup kita. 


Siap sudah sup ketam, sayur sawi tumis telur dan sambal belacan untuk hidangan makan malam. Dan kalau nak tahu, semua ini licin, habis, clear dan perabih kata orang. Dan anak-anak siap puji cakap sup ketam sedap. Haa...kepada ibu-ibu kat luar sana, cuba masak dan bagi anak-anak korang makan. Boleh try seminggu atau dua minggu sekali masak ketam.

Asyik masak lemak, masak cili, masak telur masin atau butter kan. Kita pindah ke masakan sihat dan lazat. Kalau lah betul sup ketam boleh sembuhkan denggi jadi patutlah sup ketam ini dikomersilkan kan.

Inilah hidangan dari dapur kolin. Bersiaran lain kali ya...

Love,

Kolin Zainal

4 comments:

loving me..loving you