Assalammualaikum dan salam sejahtera
Syukur sangat semua berjalan dengan lancar. Dan boleh kolin katakan bulan disember 2016 ini, bulan rezeki dan bulan yang sibuk buat kolin. Bermula dengan percutian ke Yogjakarta dengan kawan sama UiTM dulu. Balik 5 Disember kolin hala ke Seoul pula pada 15-19 Disember. Memang terus terang dengan kerja-kerja yang ada, tambahan pada percutian saat-saat akhir ini memang penat koo!! Nampak happy aje kan. Tapi serius penat dan letih unpack dan repacking tu. Tapi rezeki kan !!!
Jujur kolin tak boleh 'move on' lagi dengan keindahan Yogja, sekarang tambah pula keindahan bumi Korea yang ada 4 musim tu. Memang teruja nak share dengan korang semua tau !!
Kolin semalam baru balik dan sampai rumah jarm 1.00 pagi sebab makan. Dah rindu sangat nak makan sup dan nasi kosong panas Malaysia tau. Padahal baru aje pergi ke Seoul 6 hari. Pelbagai pengalaman kolin kutip dan kolin himpun. Syukur sebab semuanya dipermudahkan.
Dan kalau korang nak tahu, kolin menahan ngantuk kat opis ni hahahahah. Sebabnya rasa bersalah pulak nak sambung cuti lagi selepas berhari-hari bercuti tak datang kerja. Hari ni pula hari GAJI, haruslah datang office nak sambut hari berduit hahahah. Shopping time!!
Tapi teringat pula budak nak naik sekolah ni, niat shopping di batalkan. So balik petang karang bersiap lah kami anak beranak nak beli baju sekolah baru lah pulak. Selepas itu kolin kene balut buku dan beli buku baru untuk anak kesayangan berdua tu. Dedua sekolah kebangsaan dan agama, ini bermakna 4 episod lah kerja nya nanti. Tapi pelan-pelan kayuh, makan vitamin C banyak-banyak supaya batuk dan demam Korea ini tamat segera.
Entri ni memang kolin nak membebel aje pun, takde gambar apa pun. Saja nak menaip sebab rindu nak menaip lelaju gini hiihihi. Kepada yang sudi baca blog kolin, terima kasih tau. Dah nak cecah 500k viewers dah, cecah Sejuta kolin nak buat GIVEAWAY best nanti.
Syukur !! Tapi kolin nak naikkan lagi unique view dari 2000 sebulan kepada 10,000 sebulan. Korang doakan ye...
Tunggu update kolin yang lain pulak tau. Jangan mengata uolsss...
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you