Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK oleh USAHANITA DAERAH PETALING

Assalammualaikum dan selamat berpuasa ye. Dah jumaat hari ini dan ini bermakna dah hampir 5 hari kita semua berpuasa. Dan cerita dalam blog kali ini amat bermakna tau. Kolin bersyukur yang dapat menjadi sebahagian dari program kebajikan yang sangat seronok. Inilah dia hasil kerjasama dalam Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia atau lebih dikenali dengan USAHANITA DAERAH PETALING ini bersama-sama berganding bahu menjayakan Program Pengagihan Bubur Lambuk yang telah pun berlangsung dengan jayanya di Plaza Tol Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam, Selangor. 


tahniah USAHANITA DAERAH PETALING 
Tujuan program ini diadakan bagi menjalinkan ukhwah serta beramal di dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadan mengalakkan kita bersedekah dan berbuat baik. Itu yang Usahanita Daerah Petaling ini berganding tenaga dan mencari lebih dana untuk program amal ini. Dan korang yang mana berniaga kecil-kecilan atau besar-besaran pun boleh tau join USAHANITA. Banyak lagi program yang bakal dijalankan dan lebih banyak pendedahan yang korang bakal dapat sebagai usahawan wanita. Usahawan Wanita sekarang bukan macam dulu kan. Maklumlah persaingan banyak, so dalam persatuan macam ini lah korang boleh bersama-sama maju dalam bidang perniagaan masing-masing. 









Program amal pengagihan bubur lambuk pada 8 Mei 2019 yang lalu, bermula dari jam 4.30 petang sehingga semua habis. Kalau nak tahu ada lebih 800 bungkus yang diedarkan tau. Dengan ini Usahanita Daerah Petaling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan PROLINTAS-LKSA yang sudi memberikan kebenaran. Tidak lupa kepada yang menyumbang iaitu Azlina Ina Tart Hangit, Biskut Negro, Biskut Teddy Bear, Marina Kuah Rojak  dan tajaan kek lapis. Ada juga tajaan dari Mahnaz Food dan tajaan dari F&N bagi memastikan semua yang dapat bungkusan tu boleh berbuka di dalam kereta kan. Ye lah..dah petang jalan sesak, kekadang kita tak sempat makan dirumah. Dengan ada program amal seperti ini, mereka dapat berbuka di dalam kereta atau di mana sahaja kan. Pahala tau!! Kita beri orang berpuasa juadah berbuka. Itu yang seronok tu!



hooiiii kagum tengok kakak ni bawak lori besarrrrrrr


Tak lupa juga kepada yang memberi sokongan iaitu Kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa membantu NGO seperti ini terutamanya USAHANITA Daerah Petaling Cawangan Negeri Selangor. Buat yang memberi sumbangan juga iaitu DUN Kota Kemuning, Yang Berhormat Ganabathirau A/L Veraman, DUN Sungai Kandis Yang Berhormat Tuan Zawawi, Dun Batu Tiga, YB Hajah Rodziah, Pegawai Khas Menteri Kewangan iaitu Tuan Haji Norhalim dan sokongan dari Ketua Kampung Jalan Kebun En. Mohd Khairunizam. 

Kolin pasti korang semua berminat nak mengenai lebih lanjut mengenai persatuan ini kan. Iye...kalu korang bisnes kecil-kecilan boleh join. Korang tak akan tahu apa peluang yang korang bakal dapat tau. Silap-silap dapat pasarkan barang korang satu negeri Selangor. Inilah usaha USAHANITA DAERAH PETALING dalam menjana ekonomi yang lebih baik untuk golongan hawa. 

Kalau berminat terus hubungi:

 Puan Sheila Ramlee 

📞 013-2062793


Dan kalau korang nak tahu ini antara ahli USAHANITA DAERAH PETALING yang aktif dan semakin maju dalam bidang masing-masing. Mereka juga turut menyumbang jasa dan bakti untuk program ini. Kolin rasa bertuah giler!!! So korang ambil maklum tau, nak order sempena raya menjelang pun boleh juga. 





 Antaranya Noraslinda Rasib, selaku perunding atau ejen hartanah (Oriental Realty, Shah Alam Branch). 



FB: Noraslinda Rasib

IG: penchoi_punyer atau Noraslinda Rasib 

Telefon Bimbit:  0123458739 atau www.wasap.my/60123458739



Noraliza Ghani, menawarkan produk jus kesihatan. 



Produk boleh didapati di Memorable Malaysia & Rizq Mart/Mall & offline



Ermi Erliana Mohd Yusof

Telefon bimbit: 0173980009 Menawarkan perkhidmatan van sekolah/ biskut negro/rempeyek cheese letups/pes



Produk boleh didapati di Agrobazaar FAMA(2 minggu dari sekarang)



Azimah Ahmad 

Telefon Bimbit:  011-28384241  

Produk : Katering Aiskrim Cendol & ABC

FB & IG: AiskrimCendol Kifayah Shah Alam30

Produk : Surprise Delivery & Agent Kek Lapis Sarawak D'sara (area Shah Alam) 

FB : www.facebook.com/AzimahAhmad

Sheila Ramlee

Telefon Bimbit 013-206 2793
Produk: Real Estate & Property Management (Shah Alam & kawasan berdekatan)
www.facebook.com/RamleeSheila


Tangan yang mengoncang buaian, mampu mengoncang dunia tau. Ini lah dia yang dikatakan wanita besi. Kolin kagum dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh persatuan ini. Ini baru satu program yang kolin boleh kongsikan. Nanti ada rezeki, kolin percaya mereka akan lebih ke depan dan bersama-sama memacu ekonomi bagi memastikan semua wanita dan peniaga kecil di Daerah Petaling mendapat kebaikan melalui semua program yang dijalankan USAHANITA DAERAH PETALING yang telah ditubuhkan dari tahun 1984.



Terima kasih buat semua yang menjadikan kolin sebahagian dari keluarga ini. Korang jangan lupa join persatuan ini okay. Tak cuba tak tahu, dah cuba mana tau letopsss....

Salam Sayang, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you