Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Penginapan satu malam di Alang Kenari Chalet Di Yan, Kedah

Assalammualaikum untuk semua yang sudi baca dan singgah blog kolin lagi. Syukur perkongsian peribadi ini ada juga manafaat untuk orang lain kan. 

Kali ini kolin nak cerita penginapan kolin satu malam semasa balik kampung bulan Disember 2018 yang lalu. Penginapan yang simple dan seronok buat seisi keluarga. Maklumlah kadang bila lepak kampung terasa nak bercuti sehari dengan keluarga kan. Tempat sangat dekat dengan rumah kampung iaitu ALANG KENARI CHALET. Di sini ada laut iaitu Pantai Murni tapi tak boleh mandi manda. Ada sungai Titi Hayun dan Sri Perigi tapi kolin takut sebab macam-macam hal dan penyakit kan. Sebab apa kolin pilih Alang Kenari Chalet ini sebab dia ada kolam mandi yang dibuka dari pagi sehingga 10.00 malam. Haaa...seronok ker tidak! Mandi sampai kecut bak hang :)





Ini ruang letak kereta, tapi di bahagian belakang ada lagi tau. Satu lagi curam tau nak turun tu...sikit aje lahh


Nampak tak pintu kaca tu, itu lah tempat korang nak check in. Chalet ini simple sangat, semua pekerja di kalangan orang kampung. So ada apa-apa cakap aje terus. Macam kolin dah tau tinggal satu bilik kecil aje, katil queen. Tapi sebenarnya kolin sampai dah malam dalam jam 8.00 malam. So kolin bagitau dia 3 dewasa, 3 kanak-kanak. Sewa tilam single satu dan tidur lah kami satu malam. Jadilah buat hilang penat. Korang yang nak ke sini jangan lah harap layanan 3 bintang. Ini chalet biasa-biasa tapi selesa dan kemudahan pun siap segala. Ada surau dan juga tandas awam untuk kegunaan semua. Kalau tak datang menginap boleh beli tiket mandi manda di kolam tu.

Ini ruangan untuk korang duduk melepak. Ada disediakan kerusi dan meja untuk semua pengunjung yang datang berkelah.

Ini dia pemandangan dari bilik kolin. Haa sebelah depan tu kolam dewasa dan sebelah sini kolam kanak-kanak.


Ini depan chalet kolin, Chalet Ritz ada toilet, tv, kettle, tuala dan siap kerusi untuk melepak-lepak depan tu. Baju basah malam tadi jemur kat situ aje. 




Satu malam cuma RM120 dan kolin tambah sedikit lah dalam RM20 kut untuk set tilam single siap tuala. Dan ada deposit dalam RM50 masa korang nak check in. Nasihat kolin kalau korang ambil yang family chalet catit betul-betul berapa dewasa dan berapa kanak-kanak ye.  Sebab mereka nak monitor berapa ramai ada dalam chalet mereka. Tujuan keselamatan jua kan. 


Ini antara notis yang korang boleh baca dan hadam di ruang lobi reception mereka. Oh..tempat ini tiada Wifi yee...


Ini lah pemandangan waktu malam dari bilik kolin. Memang sunyi sesekali bunyilah unggas malam. Menda lain tak ada ye..sepanjang aku menginap satu malam dan lepak makan tepi kolam tu aman damai sahaja. Memang kalau balik Yan, Kedah bakal repeat lagi bagi hilang stress. 

Alamat dia Lot 1964, Kampung Acheh, Titi Hayun, Yan Kedah atau korang boleh call terus untuk tempahan di talian 019-4549250 okay. Setakat ini sangat simple, jangan lah ingat mewah sangat. Tapi best !!!!


Love,

Kolin Zainal








3 comments:

  1. Macam best je.. Salam kenal dari kak nad. Nanti boleh lah p sana sebab kampung abang kat perak.. Kalau sudi mai la visit blog kak nad. 😁

    ReplyDelete
  2. Macam best juga.. tenang-tenang gini yang Abang Man suka nie.. kalau pi Kedah boleh lah mai sini nanti..

    ReplyDelete
  3. wow ada pool gak tu Kolin, hehe kak ana follow Kolin baharu ada kesempatan singgah dan menfollow adik maneh :)

    ReplyDelete

loving me..loving you