Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Minum Segelas Susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan Sarapan Pagi Anda

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sarapan pagi adalah sangat penting kann..Kolin percaya korang semua sama juga mementingkan sarapan pagi. Apa yang kita makan pagi tu memberikan mood yang berbeza, betul tak! Ada yang suka roti canai, nasi lemak, mihun, kuih-muih namun ada yang suka roti atau biskut sahaja. Pada kolin pula, BREAKFAST LIKE A KING. Jadi kolin makan berat masa sarapan, lunch kolin kekadang skip. Kunun nak jaga makan lerrr kan. Maklumlah orang perempuan memang takut naik berat badan wei, termasuk lah aku. 


 
Namun dalam menjaga ada juga yang abaikan kerana tak sempat. Ye lah tergesa-gesa nak ke tempat kerja atau ke sekolah sampaikan kita lupa hidangan paling penting. Selepas tidur semalaman, hakikatnya badan kita memerlukan banyak khasiat, di mana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Dan jangan kita tak tahu, sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. Dan disebabkan itu, kolin hari ini nak kongsi dengan korang semua bagaimana kolin bersarapan. Haaa...kalau tak sempat sangat, kolin minum segelas susu sudah tentu dapat memberikan nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Ini kalau korang semua tak sempat bersarapan tau. Minum susu, siap dah tenaga untuk menghadapi hari-hari yang sibuk. Haa bebel haha





Nak lengkap nutrisi dalam sarapan kan susah. Tapi sedar tak kita semua, susu adalah pelengkap kalsium, protein dan pelbagai khasiat lain. Oleh itu, kolin nak berkongsi dengan korang, bagaimana kolin sendiri melengkapkan sarapan pagi kolin dengan susu Dutch Lady. Jemput tengok yaa..gambar cabaran bersarapan selama 5 hari bersama susu yang dipercayai ramai ini.

HARI PERTAMA

HARI KEDUA

HARI KETIGA

HARI KEEMPAT

HARI KELIMA

Ini lah dia antara menu kolin selama 5 hari dan berkongsi di laman sosial dengan hashtag #dutchladybreakfastchallenge

Semenjak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk memberikan kita semua yang terbaik. Disamping itu selama 55 tahun, mereka juga mengalakkan kita semua agar bersarapan dengan susu sebagai pelengkap hidangan sarapan kita setiap hari. Sedari atau tidak, kita sekeluarga boleh kekal sihat malah bersama-sama mengeratkan hubungan di meja makan sebab tabiat bersarapan secara sihat setiap pagi 

Susu amat penting untuk blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan jua kuku kita. Menurut pakar, Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain-lain. Dan susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang tinggi. Lagi satu, minum susu tak gemuk tau, ianya adalah protein bukan seperti lemak badan. Protein diserap terus oleh tubuh badan kita. So kalau nak diet minum susu boleh tau. 

Minum susu Dutch Lady waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita. Dengan hanya minum satu gelas sehari dapat membantu korang memenuhi lebih daripada 50% keperluan badan. Meh kolin senaraikan kebaikan segelas susu 


*Protein - membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik

*Kalsium- merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.

*Vitamin A - membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja.

*Vitamin B2 - menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein

*Vitamin D - membantu penyerapan dan pengunaan kalsium dan fosforus. 

Nampak kan kebaikan minum susu tu...Bagi memeriahkan lagi, mereka buat peraduan tau. Korang boleh sertai peraduan #dutchladybreakfastchallenge macam kolin tu. Korang snap sahaja gambar sarapan pagi korang bersama susu dari Dutch Lady. Rebutlah peluang memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda. Ianya bermula dari 8 Oktober 2018 sehingga 11 November 2018. Ada masa lagi weii. Untuk keterangan lanjut sila layari www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my



Cepat-cepat tangkap gambar dan share di laman Instagram dan Facebook korang okay. Pastikan semua di setkan public bagi memudahkan korang dikesan menyertai peraduan ini. Kita cuba mana tau menang kan. Jom kekal bernutrisi sambil menang hadiah!


Love, 

Kolin Zainal 


2 comments:

  1. Wah...dah siap dh...setuju... breakfast tak lengkap tanpa segelas susu dutch lady!!!

    ReplyDelete

loving me..loving you