Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Holla...Ada Jerawat tak !!! Siapa sahajalah yang suka jerawat kan. Tapi itulah dia masalah kulit yang biasa kita hadapi. Kalau dah tumbuh jerawat ni, mulalah nak picit. Dan akibatnya makin teruk dan meninggal kesan hodoh kat kulit muka. Kolin bukan ngata korang pun, kolin mengata diri sendiri ni. Sebab kolin memang mengalami masalah muka berjerawat teruk ini. Dan kalau tersalah cuba produk pulak, kulit kering dan mulalah masalah lain pulak timbul kan. Eucerin, salah satu jenama derma-kosmetik yang terkenal di seluruh dunia ini, telah menghasilkan satu produk terbaru yang membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.