Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAKAN: King Char Kuew Teow (KCKT) di Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Nak cuti sekolah, cuti sambutan tahun baru cina kan, ini lah masa kolin nak berkongsi ini. Buat korang yang plan nak mandi laut nanti masa cuti, ini kolin nak kongsi tempat makan yang dah pernah keluar JJCM TV3 pun. Inilah dia KING CHAR KUEW TEOW di Port Dickson.  Buat peminat kuew teow ini salah satu destinasi yang boleh korang cuba datang merasa tau.



REVIEW: KESERONOKKAN BERSAMA DENGAN KOLEKSI 'SUKAN RIA' CARRIE JUNIOR

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari ini kolin nak share salah satu produk yang memang menjadi kesukaan kolin dan keluarga. Kolin memang suka lah sangat dengan mandian dari Carrie Junior ini. Sebab apa kolin suka, sebab bauan wangi dan botol yang sememangnya tampil menarik. Dan kini zaman teknologi kian menjadi kegilaan di kalangan anak-anak. Memanglah menjadi gaya hidup anak-anak kini kurang aktif dan cenderung ke arah permainan gajet atau pun komputer. Korang tahu atau tidak sekarang ni Carrie Junior menampilkan koleksi Sukan Ria untuk mengalakkan anak-anak kita semua bersukan tau. 

Salah satu permainan adalah bermain dengan air. Jangan kata anak kolin sahaja, rasanya anak korang pun gerenti suka bermain dengan air. Tapi sedar atau tidak semasa mereka main air tu merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain dengan permainan mereka. Mainan yang sesuai sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemaihran fizikal mereka, mengilap kemahiran sosial dan emosi serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. 



Kolin dalam BULETIN UTAMA TV3

Assalammualaikum & salam sejahtera

Haa....korang mesti dah nyampah kan hahahah. Asyik lah kolin cerita pasal kempen Milo tu. Ini last ni..terakhir tau. Kenangan kena simpan, kena ukir dan kena lah di abadikan. Kolin abadikan kenangan kolin dalam saluran youtube Alialisakreatif Blogspot untuk tontonan keluarga, kawan-kawan dan kepada siapa yang sudi. Yang tak sudi dan kalau niat menonton lepas tu nak doakan yang tidak baik, lebih baik berdiam.  Ha..kurang sikit dosa korang, tak bertambah la pahala aku kan. 


Video kami ke Taman Negara dah Release !!!


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah macam kami keluarkan single terbaru lah eh, dah RELEASE  katanye hahaha. Inilah dia percutian tahun lepas ke Taman Negara Pahang yang masih bermain di fikiran kami sekeluarga.  Masa kami bercuti tu sempat jugaklah kolin rakam beberapa video untuk kenangan kami sekeluarga kan. Jadinya rakaman semua tu kolin muatkan dalam satu video berdurasi hampri 13 minit untuk semua yang nak lihat sendiri keseronokkan berada di Taman Negara Pahang. Dengan jungle night walk kami semua kena pacat, dengan mendaki selama 2 jam setengah, tetapi ada juga video masa kami naik tree top walk tu tak dapat dirakamkan. Maklumlah masa tu kedua-dua tangan harus berada di tali pemegang. Sebab bahaya kan, kalau korang nak merasa sila bawa anak-anak ke sana okay. Dari berhabis ke luar negara dengan pasport bagai, baik habiskan dengan menyaksikan keindahan negara sendiri. Tapi kalau kaya bolehlah ke oversea heheheheh. Syukur, musim monsun dah pun berakhir dan kolin lihat maklumat dari Facebook, resort yang kolin pergi tu selamat dan telah pun beroperasi semula selepas air banjir yang lalu. Maknaya korang semua dah boleh buat tempahan lah kan. Kalau nak best, bulan Mac 2018 ada cuti sekolah tu, boleh lah pergi bersama-sama keluarga dan habiskan masa di dalam alam semulajadi. Tiada talian telefon, tiada TV, tiada radio dan masa ini lah kita mak bapak boleh habiskan masa dengan anak-anak dan kenali anak-anak kita. Dah panjang lebar sangat kolin membebel ini, korang jangan lupa klik video tu okay. Kalau rajin marilah subsribe sekali channel Alialisakreatif Blogspot tu. Bukan nak menunjuk atau apa pun, niat kami sekeluarga hanyalah kenangan untuk kami tengok semula nanti. 

Please do enjoy the video ya




We are creating memories πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ
Love, 
Kolin Zainal 

REVIEW: Deerma Clothes Dryer

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sebenarnya Deerma Clothes Dryer ini kolin beli dah lama, dari tahun lepas. Baru terdetik nak share sebab musim sejuk dan hujan beberapa hari ini membuatkan semua kedai dobi yang ada dryer full kan. Beratur kolin dengar cerita huhu. Disebabkan kolin ini duduk rumah flat yang tiada balkoni dan kerja pun balik lewat malam memang ada masalah nak sidai baju. Selalu dah mesin baju, suami lah hantar ke dryer. Dan setiap kali RM4-8 lah kami kena, selepas itu tunggu sejam ambil balik. Kekadang jadi masalah bila suami ada kerja luar dan tak dapat menolong. Mula lah dalam rumah kat bahagian langsir tu sidai memacam. Nak buat macam mana dah rupa rumah begitu. Nak sidai baju pun masalah, kalau sidai di luar karang ada penyamun, basah dan pelbagai lah masalah lain. Penyelesaian kolin beli DRYER !!!




REVIEW: Balm Bayi Tasneem Naturel

Assalammualaikum  & Salam Sejahtera
Hello korang !! Salam hari Khamis dan semoga hari ini membawakan khabar gembira buat korang semua ya. Hari ini kolin berbesar hati nak memaklumkan mengenai produk yang baru kolin temui iaitu TASNEEM NATUREL. Masa mula-mula terima produk kecil, comel dan menarik ini memang kolin tertanya sangat. Apalah yang istimewa kan produk ini. Maklumlah kalau ikutkan balm untuk bayi ini kan dah berlambak di pasaran dan kita boleh beli aje kat farmasi atau pasaraya kan. Tapi ternyata yang ini ada kelainan sikit lah. Itu yang kolin nak share review kolin dengan korang hari ini. 


Terima kasih !!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya sejak kolin pandai menulis dan berkongsi dalam blog ini memang bukan nak menunjuk atau apa sahaja tau. Sebenarnya lebih kepada perkongsian. Jadinya kalau pergi bercuti, kolin suka letak gambar dan cerita apa aktiviti yang kita sekeluarga boleh buat. Kalau pergi melancong dengan kawan-kawan pula, ada lah cerita yang lain pula kolin akan kongsikan. Ini semua adalah salah satu sebab kolin suka bercerita. Bercerita di dalam blog kan tak kacau sesiapa, betul tak? Kita bebas berkarya dan kita bebas berkongsi apa sahaja. 



Kempen 'Wang Bersama Shopee' menawarkan 'FORTUNE ANG PAO' bersempena Sambutan Tahun Baru Cina

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Yeayy...tak lama lagi kita rakyat Malaysia bakal meraikan satu lagi perayaan yang sentiasa membawa kemeriahan dengan warna merah iaitu Sambutan Tahun Baru Cina. Dan disebabkan itulah, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan kempen 'Wang bersama Shopee' dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk semua penguna setia Shopee. Bonanza membeli-belah yang berlangsung 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari sehinggalah berakhir pada 25 Februari 2018 nanti. Jadi korang, standby semua aplikasi dalam handphone memasing okay. Shopping time !!

www.shopee.com.my

REVIEW: Lipstick dari Huda Beauty

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kalau dah namanya perempuan memang mana cukup dengan satu gincu atau lipstick kan. Macam itu jugalah kolin. Kali ini kolin nak cerita pasal bekas berbentuk bibir ni dari Huda Beauty. Rangkaian kosmetik yang terkenal ini bukan lah keuaran tempatan tau. Rasanya ramai dah beli bekas comel ni. Apa yang boleh katakan bekas ni memang comel dan ekslusif sangat. Buat yang belum dapatkan lagi, boleh la baca perkongsian kolin hari ini.

Ada beberapa seleksi warna yang boleh korang pilih. Buat kolin yang lebih suka warna natural dan kunun suka warna malar segar ini memilih 'bombshell'. Warna arah alam semulajadi dan tak la terang sangat pun.



Bila cuaca kat KL 22c... Sejukkkk

Assalammualaikum & salam sejahtera

Seronok kann... Semua duk hupdate cuaca sejuk kan. Ada sekali malam tu cuaca mencecah hampir 20c pada waktu malam. Dah macam cuaca masa kolin ke Beijing dulu, rasanya Sydney cuaca pun tahap gitu juga. Kata jiran kolin laaa, kita belum sampai Sydney lagi hahaha

Bingkisan Hari Jumaat

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Yang benar, 

Kolin bukan tak maafkan, cuma tidak melupakan

Happy Birthday Milah !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haii korang..semoga hari ini 11 Januari 2018 membawa lebih banyak rezeki untuk korang kan. Hari ini kolin nak cerita bagaimana sambutan birthday Milah yang ke 18. Buat pengetahuan korang semua kawan kolin ni baru sahaja kehilangan bonda tersayang pada 30 Disember 2017 yang lalu. Oleh itu sambutan hari lahir dia kolin buat ala kadar yang mungkin bagi mengingatinya.

Disebabkan masing-masing sibuk, kolin hanya buat surprise aje lah. Niat nak hantar hadiah atau apa sahaja terus ke rumah atau pejabat dia ajelah. Terus terang kolin pun mengodek laa Instagram yang menjalankan bisnes ini kan. Ada dekat 10 kedai Instagram kolin terjah dan minta buat surprise. Maklumlah jam 6.00 petang baru kolin nak, dan minta hantar esok pagi sebelum jam 11.00 pagi. Macam-macam juga karenah IG Seller ini, padahal kolin tak minta yang bukan-bukan pun. Siap bagi bajet kolin dan terus kolin cakap ikut lah design apa yang boleh diberikan melalui bajet tu. 

Rezeki menyebelahi kolin bila jumpa IG seller yang baik hati !!




Tampil dalam WHI TV3 Live - Kempen Milo Kembali Ke Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam tak sangka!! Memang macam mimpi. Tak pernah kolin bayangkan pengalaman sebesar ini. Mungkin buat korang, biasa-biasa aje kan. Tapi ini lah pengalaman hebat kolin. Dari 2017 kolin dah mula shoot dengan team production dan memang tertunggu sangat bila lah agaknya nak keluar video tu. Akhirnya mimpi jadi nyata bila video kolin kembali ke sekolah bersama MILO tu ditayangkan di dalam laman youtube Milo Malaysia. Eh saja nak bagitahu, kesempatan yang kolin dapat tu bukan atas tiket 'blogger' tapi kolin terpilih lepas menjalani sesi ujibakat atau 'casting'. Menurut kawan tu, ada 40 orang mak yang mereka ujibakat dan inilah dia rezeki yang yang tertulis buat kolin sekeluarga. Syukur !!


MAJLIS PELANCARAN STEA 'Be Gorgeous and Healthy Everyday'

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu yang lalu, kolin telah dijemput ke Majlis Pelancaran Produk STEA tau. Besar hati sangat dapat berkenalan dengan produk yang sememangnya kolin suka. Amalan minum teh hijau bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan kesihatan yang baik memang dah jadi kebiasaan sebenarnya. Oleh itu, Majlis Pelancaran ini telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam dengan penuh meriah. Tengok laa sendiri korang, meriah ker tidak weii...penuh ceria kan.


Sementara nak mula majlis sempat lah posing sikit-sikit. Tengok produk yang display, lepas tu dapat minum teh hijau yang terkenal ni sekali. Rasa sedap, tak ada bau sangat dan yang paling penting tak kelat. Serum tu ala gel, lembut aje masa try hari tu.

Ini lah dia hasil kutipan SYILING BERSEPAH sepanjang setahun 2017

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Nak tanya ni...Korang sama tak dengan kolin, jiwa mak-mak mesti menyampah aje tengok syiling bersepah dan nak tanya siapa punya. Lagi lah dalam rumah tu memang jenis kaki letak duit sana sini. Sama lah rumah kolin, dari suami ke anak-anak memang tak reti menyimpan. Kalau mesin baju tu, usah lah kata, penuh poket si suami dengan syiling-syiling yang lupa dia keluarkan. Kalau nak nasib kita baik 'bulan mengambang' dapat lah duit kertas hahaha. Itu kira bertuah la..sorry eh..kalau dalam mesin tu jumpa memang kolin ambil. Anggaplah upah kita kan, basuh baju, sidai baju dan jua melipat baju. Kan penat tu weii...


Selalu kalau jumpa duit syiling kolin akan kutip letak aje atas meja. Dan selepas tu biarkan. Tapi pada tahun 2017, kolin telah mulakan satu inisiatif. Segala syiling yang kolin jumpa akan dimasukkan ke dalam tin biskut yang telah diolah dan dijadikan tabung. Jadinya memang segala mak nenek duit syiling yang dijumpai memang kolin akan masukkan dalam tin biskut tu. Dan akhirnya pada 2 Januari 2018 yang lalu, acara mengira hasil kutipan syiling bersepah pun telah dilancarkan. 

Happy 11th Birthday Ali Imran !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 11 buat anakanda Ali Imran Bin Sazali. Ali Imran sambut hari lahir ke 11 tahun pada 26 Disember yang lalu. Memang rezeki Ali lah setiap kali birthday dia memang kami semua akan balik kampung sebelah suami di Kedah. Semua perancangan rapi kami buat dah beli kek, masak siap dan terus pergi berkelah di Titi Hayun yang terletak di Daerah kampung suami kolin iaitu Yan. Rinduuu..rindu nak balik kampung oiii

Tapi sebelum itu, kolin sempat lah shopping semua makanan laut segar bugar di Pasar Bisik-bisik Kota Kuala Muda. Korang yang dengar mesti pelik kan. Iyeeee..nak beli memang kena bisik-bisik, ada peluang datanglah ke sini.



Tahu tak berapa ringgit udang lipan banyak ni. Masa timbang tu adalah dekat 5 kilo. Memang puas lah makan, dah la segar, tak masuk peti ais lagi. Manis dia tak usah cakap ler...itu yang kolin rindu kalau balik kampung sebelah suami ini. Masa ini lah nak pulun seafood segar cukup-cukup. 



Happy new year 2018

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah masuk tahun baru 2018....
Sekejap ajeee..dah habis setahun kehidupan. Ikutkan 2017 memang banyak memberikan pengalaman manis buat kolin. Walau pun begitu, Ada jua la perkara-perkara yang menyentap perasaan. Tapi kolin buat keputusan nak lupakan semua dan biarkan semuanya berlalu pergi. 

So azam baru nak FOKUS. Fokus pada perkara yang baik-baik sahaja. Yang negatif semua nak tolak tepi. Lepas tu azam nak tambah simpanan untuk hari susah Nanti. Tu antara yang kolin fikirkan untuk awal tahun Ni. Seperkara lagi yang kolin aim nak pergi umrah dengan mama. Semoga Dana umrah kolin cukup la 2018 Ni Kan.