Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bonus untuk Selangorian!

Assalammualaikum



syukur alhamdulilah, pagi yang sangat sangat menceriakan apabila MB Selangor mengumumkan buah tangan nya untuk kami yang berkhidmat di Selangor.
Untuk cerita lebih lanjut..sila ikuti berita seperti di bawah..

SHAH ALAM, 4 APRIL: 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM300 kepada kakitangan awamnya sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri.
Bayaran bonus tersebut dibuat dalam bentuk simpanan yang dikreditkan ke akaun Simpanan Tabung Haji bagi kakitangan beragama Islam dan Bank Simpanan Nasional kepada bukan Islam.
Disebabkan kakitangan awam negeri berkhidmat dengan baik membantu Kerajaan Negeri, Exco yang bermesyuarat semalam bersetuju memberi bonus berkenaan.
“Dalam masa dua minggu ini kita usahakan agar semua orang terima bonus ini,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Annex.
Dalam sidang media sama beliau turut mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri menghadkan penggunaan peruntukan sebanyak 50 peratus sahaja.
Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan masalah kehabisan peruntukan yang pernah berlaku ketika pentadbiran Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
“Ini bagi mengelakkan kesusahan yang kami tanggung sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008 yang mana kebanyakkan peruntukan DUN habis digunakan.
“(Oleh itu) saya dan Pegawai Kewangan Negeri buat keputusan pada bulan lalu bahawa semua Adun dan Exco hanya boleh menggunakan peruntukan 50 peratus daripada peruntukan masing-masing.
“Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikkan rakyat tidak terabai,” kata Abdul Khalid lagi.

*********************
Saya pilih Mengundi!!..yeay

Thk u MB!!

4 comments:

  1. ewah layout blog dh lain... hihihih

    ReplyDelete
  2. huda...berita baik..of course saya update segera hahaha...
    syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. zura..tukar lain dah. susah nak berblog skrg lah zura. byk orang akan mislead dan misunderstanding...hahhahahah

    ReplyDelete

loving me..loving you