Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

tale of becoming puan peja ~ part 2

assalammualaikum

setelah siap kami semua bergambar dan makan di rumah puan peja. kami pun terus mengikuti rombongan keluarga mereka bagi menyaksikan pernikahan antara fahed dan peja. Pasangan yang serba putih nampak anggun di hari pernikahan mereka. Puan peja nampak relak masa ni..tapi sekali dia dengar si fahed joe lambat ..haa takut ko peja. takut tak menikah ko hari tu hahahhaha...
tapi fahed datang..mana boleh tak datang..peja dah lawa-lawa tu..

suasana di rumah puan peja


dengan sekali lafaz..fahed dan peja sah menjadi suami isteri. kami pun dengarlah kutbah yang disampaikan oleh tuan kadi tu. tapi ada satu adegan..sebelum bernikah tok kadi tanya satu soalan kepada pengantin lelaki, katanya dah pergi kursus kan!!

soalannya ialah:

awak sayang tak bakal isteri awak?

hahahha...gelak ler satu masjid..sengih-sengih pengantin lelaki..
tapi semua dah selamat..so semua saudara mara ke rumah puan peja. Tapi untuk kami..kami pulang semula ke hotel impian morib. Sebab anak-anak aku memang dah bising nak mandi pool..nak mandi pool..nak mandi pool..so jom mandi pool



banyak gambar masa kat pool..tapi disebabkan isu-isu sensitif..gambar kawan-kawan tidak boleh diupload..sob sob sob. takpe lah...mulut orang tu penat lama-lama dia berhenti lah nanti kann...

terima kasih sekali lagi puan peja kerana 'sponsor' hotel ini tuk kami semua..so nantikan part 3 eh..malam berinai puan peja..

sayonara!!

1 comment:

loving me..loving you