Thursday, April 25, 2013

Restoran Saba, Cyberjaya

Assalammualaikum

Weekend yang syok kami sekeluarga pusing-pusing putrajaya. Tapi bila dah lapar abang kolin cadangkan kami dinner di restoran arab yang terdapat di cyberjaya. Restoran ini memang menyajikan masakan arab original, terletak di belakang restoran rahim di Cyberjaya Perdana. So cari aje CBD perdana tu confim jumpa.

Apa yang kami pesan nasi mendi ler..menu tu lah selalu pun yang menjadi pilihan. Ada yang order nasi mendi ayam dan kambing. Kolin takde masalah nak makan kedua-duanya tapi amik yang ayam sebab nak suap anak-anak makan. Super sedap!..

nasi yang lembut dan berjus..tambahan pulak ayam yang sangat sedap.
 Ada kuah kari sekali yang disajikan di sini. Disebabkan tak nak perut rasa sendat sangat, kolin hanya ambil ais kosong aje lah tuk minuman.

 nasi mendi

nenek dengan cucu (syed alwi)


my sis in law and brother

cutie pie

nasi mendi tu ada small and big size..rasanya yang small ni pun tak abis suap anak-anak tau. So kolin rasa kalu nak makan yang small ni boleh share 2 orang. Dan kalau ambil yang big tu dah tentu bole share 4 orang tau. Besar sangat portion dia! bukan tak sedap..memang sedap ..tapi tu lah bila dah banyak sangat memang membazir. Harga pula sangat berpatutan, kepada sesiapa pengemar makanan arab boleh lah pergi (kolin tak gemar sangat..abang long aku mmg suka makan arabian nih)
dan selesai makan semua..kami pun balik ke rumah dengan perut yang super kenyang...terima kasih kak mimie sudi belanja kami adik beradik heheh...super best!!


sekian terima kasih..

kolin yang kenyang

1 comment:

  1. makanan arab ni portion dia mmg byk kan... smp sepinggan kena share dua org...

    ReplyDelete

loving me..loving you