Assalammualaikum
Kali ini destinasi kami adalah KL Tower. Disebabkan jualan tiket yang murah di di www.dealmates.com, hanya RM8 untuk seorang kolin pun beli lah tiket Blue Coral Aquarium di KL Tower. Kalau beli kat sana kolin kene bayar RM72 tau..so berjimat dengan Groupon dan Dealmates hanya RM32 sahaja...
selepas bersarapan di Jalan Alor kami terus ke Menara KL..alahai ingatkan besar sangat pameran blue coral tu ..sekali adalah 2 bilik aje pameran nya. Ikan-ikan nyer boleh lah tahan..ada ler jerung dan nemo yang aku kenal. Lepas tu dalam pakej kata dapat bergambar famili free tapi dia convert kalu nak beli tshirt atau cenderahati dapat diskaun..puih...
keluar dari blue coral aquarium tu, anak-anak dah nampak kuda. So masing-masing nak pony ride. Penjaga bangla tu suruh naik kereta kuda pusing-pusing. Tapi kolin and hubby tak nak ler..buang masa hahah. So dengan harga RM10 seorang lisa dan imran ajelah naik pony ride tu. Kembang kuncup hidung anak-anak dapat naik kuda hahaha
pelik aku yang jaga kuda dan exotic zoo ni semua orang bangla, myanmmar..memalukan sungguh tempat pelancong di Malaysia orang luar duk kerja. Rasanya kawalan lagi ketat perlu lah. Tak mengambarkan Malaysia langsung. Atau orang yang berkunjung di Malaysia tak perlu ke tempat lain sebab dah banyak sangat orang asing kannn ...
jum masuk exotic zoo ..RM10 untuk seorang dan anak-anak tak perlu bayaran apa pun..Zoo yang kecil...haiwan boleh lah tahan...
habis pusing exotic zoo tu kami pun menuju ke taman depan kl tower ni. Rupanya ada rumah-rumah tradisional mengikut negeri dibina di sini. So sempat lah berjalan jalan hatta cuaca panas sangat..
selesai kami anak beranak merayap pelusuk kl tower ini kami pun balik ke rumah. Sebab cuaca sangat panas ler...maklumlah dah biasa tinggal di London hahahha...London ler sangat..dua tangan atas bahu yee...merapu..
so sesiapa yang ingin beli kupon dan pergi ke kl tower blue coral aquarium sila lah klik di sini
zura prnh pegi sekali je kt kl tower ni, tu pun tahun 2005..hihihhi
ReplyDeleteler..pergi la..best dah skrg..
Deletekalu hutan nenas tu dibuka lagi syok
kuat merayap...tapak kaki ada tahi lalat la ni..hiks
ReplyDeleteeleh..ko pun sama kan kak hahahha
Delete