Assalammualaikum
kolin dapat info icity water park tengah promosi harga tiket RM10 sahaja untuk masuk. A good deal for weekend rasa kolin. Tanpa lengah 10 tiket kolin booking untuk family ..heheh. Ikutkan kolin bukan suka sangat waterpark, tapi murah kan. so apa salahnyer mencuba.
Ambil tiket hari ahad, bermula jam 4 petang sehingga 8 malam. Alah sebelum maghrib kami akan keluar dari taman tu sebab esok nak sekolah dan kerja kan. Hari yang dijanjikan tiba..jom ke icity water park. Kepada sesiapa nak membeli tiket sila ke link ini http://i-city.my/
seronok lah banyak jugak mainan air yang boleh dimain oleh imran. Sian alisa menangis dia tak cukup tinggi nak main gelungsur air. So alisa duduklah main pelampung kawasan ombak tu. Kolin dan kawan-kawan memang naik ler itu ini. Rupa budak form 5 dah kami..lupa dunia jap hahahah..
ok makanan tak payah susah payah nak seludup. Beli aje nasi lemak set siap air berkarbonat dalam RM10 sahaja. Mudah sangat dan ringkas..tak semahal mana lah pada pandangan kolin. Pelampung pula percuma tak perlu nak sewa. Lokar pulak kene sewa lah..macam kolin bawak mama masa tu so memang mama melepak aje lah kat kerusi malas sambil jaga semua beg heheheh. best kan!!..
ok.pengalaman naik tornado hahahha. Super ..sapa lah yang reka cipta menatang ni. Turun dari situ mama kata suara kolin satu icity dengar hahaha. Menakutkan..anyway good experience for me!!!...naik sekali cukup. Kalu naik banyak kali hilang nikmat..so memang best ever for RM10 sahaja. Kepada sesiapa yang duk Selangor masih belum pernah pergi..jom pergi. Bawak anak-anak..kita berendam ..yeay..
*i am bless having a fantastic family and incredible friend*
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you