Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Istana Bambu, Ampang

Assalammualaikum

 Reunion!!!..haa ini kali lah...

Tahniah kepada Puan Azreena yang berjaya membuatkan kami berkumpul semula dan tentunya gamat sangat suasana restoran yang aman damai tu. Semua suami sangat sporting termasuk anak-anak. Ada yang dari seremban, petaling jaya, puchong..tapi akhirnya kami berkumpul di Ampang. Restoran istana bambu menjadi pilihan kami kali ini..

Restoran ini terletak di satu jalan dengan Zoo Negara ..terus saja memang akan jumpa di sebelah kiri kita. So parking pun luas sangat-sangat tak perlu risau. Restoran yang dihiasi cantik ini amat sesuai untuk seisi keluarga..Good Job Reen!!

surau yg kelilingi pokok padi!

keadaan dalam restoran

the girls

nice walkway 


ada antara kami yang ambil set untuk 8 orang dan harganya memang bukan murah. Dan mana yang terlewat tu amik le ala carte. Buat kolin nasi goreng seafood 2, kuewteow goreng 1, air sirap 1, air laici 1 dan air nescafe air 1..semua sekali RM72.00 ok..siap ada tax bagai. Sesekali boleh la merasa nak makan di istana bambu ni. Dan kalau tak silap kolin hari bekerja ada buffet dan sangat murah. Dalam RM9.90 sahaja..hari cuti takde buffett..how bad.

selesai kami berhimpun bertukar-tukar cerita. Ada yang sedekah baju ler apa ler..bagi kuih. Masa ni jugak ler kami berjual jualan. kolin sempat beli baju kurung pesak dari puan reen. Lawa sangat leh pakai masa hari raya nanti yeay...so kepada semua assuntarians..terima kasih banyak-banyak sudi menjemput kolin sekeluarga. Seronok dapat berkumpul setelah berbelas tahun tak jumpa terutama Siti Nor. hahaha..dengar suara dia menjerit "dua singit, dua singit" hancus restoran tu hahaha..

ini lah kami ...kami tingkatan 5, Class of 97, Assunta Girl School Petaling Jaya.






No comments:

Post a Comment

loving me..loving you