Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

tale of becoming puan peja ~ part 3

assalammualaikum

selesai kami bermandi manda di hotel..penat tak ingat lah. sebab kolin dan kawan-kawan mempraktikkan latihan renang yang pernah kami jalani dulu kala. Anak-anak lah paling enjoy .

tepat jam 8 malam, kami pun bersiap-siap untuk ke rumah pengantin sekali lagi. Malam ini adalah malam berinai puan peja. Mengenakan busana hijau lumut dan kebaya labuh memang kena dengan puan peja..lawa ko ..hijau lumut ye..bukan hijau kusam hahahha. Meriah sangat rumah puan peja malam tu..siap ada bunga api oii...siap berkompang-kompang..anak-anak aku siap duduk depan pelamin tu..tengok pengantin bersanding..soooooo www.kg.com masa tu..sweet~

coretan dalam bilik pengantin

malam berinai puan peja dan fahed

malam tu kolin dan kawan kawan memang ambil kesempatan lah...merenjis air mawar dan beras kunyit hahahah. Sebab aku nak merenjis ialah : nak bunga telur!! anak-anak aku sangat suka makan telur rebus yang dari rumah pengantin. Kalau kita rebus sendiri tak nak pun dema makan, hak rumah pengantin tu yang dema nak. Sedap kut!!..ada perisa meriah rumah pengantin


tengok gambar-gambar kawen ni, kolin nak bagi satu pantun ah. teringin nak lawan cik ain berpantun dalam majlis hari tu. Asyik dia aje royan memantun, kolin pun nak meroyan ni nak berpantun bersama:


anak farid pergi ke taman
nampak si kusam berlari larian
melihat pengantin terukir senyuman
semoga aman bahagia berkekalan

haa...tu pantun aku..heheh..harap pengantin suka hahahahha


malam tu selesai dengan sesi kami mengabiskan semua beras kunyit dengan menaburkan kepada pengantin. Sorry lah semua yang melihat kelakuan kami yang tidak senonoh itu..sangat 18SX..

so makan-makan..sedap sedap sangat..
balik hotel ..zzz...
perlu diingatkan..penginapan kami malam ini adalah tajaan puan norfaezah ariffin..terima kasih sekali lagi kerana mem'sponsor' kami semua...

get busy..get life!!

4 comments:

loving me..loving you