Thursday, May 11, 2017

Sambutan Ulangtahun ke 20 Tahun Hotel Bangi-Putrajaya menampilkan FUNTASIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini Hotel Bangi-Putrajaya telah melengkapkan renovasi mereka dan buat branding yang baru dari Café Lavista selepas 10 tahun beroperasi ke FUNTASIA, A Magical Culinary Experience
 
 
Untuk itu, kolin telah pun menghadiri sambutan baru-baru ini bersama ibu dan anak perempuan kolin. So ladies day out lah hari cuti 1 May yang lalu. Tiga generasi dari nenek ke anak dan cucu memang seronok dengan sambutan 20 tahun Hotel Bangi-Putrajaya. Hotel yang telah dimemberikan khidmatnya dari 1997 ini telah sekali lagi menampilkan ruang makan yang sangat memikat hati. Semua dekorasi fresh sangat dengan warna lembut.



Restoran baru FUNTASIA ini mempunyai ruang makan yang lebih besar dan kapasiti tempat duduk untuk 800 tetamu. Kiranya kalau korang nak buat majlis perkahwinan di sini pun memang lawa sangat. Sebab kat luar tempat makan ini betul-betul mengadap kolam renang hotel yang sangat indah.


Ianya menghidangkan makanan hidangan secara buffet mempunyai pelbagai pilihan dari makanan tempatan, masakan barat dan pelbagai hidangan panas-panas yang disediakan oleh pihak Chef di sini. Menjanjikan pengalaman ‘A Magical Culinary Experience’ memang kena dengan dekorasi sebaik melangkah masuk kat sini lah. Dengan pelbagai makanan unik dan cara hidangan mereka memang kolin suka sangat. 12 kaki tinggi Roda atau Ferris Wheel yang ada pelbagai hidangan ini memang menjadi tarikan dan kalau korang nak tahu, ini lah satu-satunya roda makanan yang ada di Malaysia tau. So rugi lah kalau tak pergi tengok sendiri kan.



Menampilkan dapur yang terbuka atau ‘open kitchen’ so korang semua boleh tengok sendiri penyediaan makanan di depan mata. Kalau ke sini jangan lupa try nasi goreng satu minit ok. Memang menakjubkan sebab mengunakan mesin dan nasi siap dalam masa seminit !!!
 





Jangan lupa juga hidangan yang menjadi kegemaran ramai iaitu Gyoza (Japanese Dumplings) , Mee Kari, Pizza atau Pasta. Untuk hidangan pemanis mulut korang boleh lah cuba kuih ketayap yang disediakan panas-panas. FUNTASIA dibuka setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 1.00 malam untuk hidangan ala carte. Manakala untuk buffet breakfast setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Buffet Lunch pula dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 tengahari dari Isnin ke Jumaat dan Ahad. Manakala Hi Tea pula setiap hari sabtu dari jam 12.00 tengahari sehingga 3.30 petang. Buffet bagi makan malam setiap hari dari jam 7.00 petang sehingga 10.00 malam. 




Untuk penempahan korang boleh call 03-8210 2222 atau emel fb_reservation@hotelbangi-putrajaya.com atau layari website mereka www.hotelbangi-putrajaya.com bagi segala informasi mengenai promosi terbaru. Yang pasti kolin memang teruja dan seronok pada hari pelancaran tempoh hari sebab ada ‘live band’ dan paling penting kolin dapat melepak dan meluangkan masa dengan anak perempuan kolin dan mama kolin. Kiranya kami celebrate early Mother’s Day terus kat sini. Terima kasih FUNTASIA Hotel Bangi- Putrajaya sudi menjemput kolin untuk bersama-sama meraikan ulangtahun ke 20 dan pelancaran FUNTASIA. Panjang umur jumpa lagi ok !
 
 
 
Love,
 
Kolin Zainal
 



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you