Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BAJU RAYA - KOLEKSI SHARA OTHMAN JADI PILIHAN

 Assalammualaikum semua. 

Buat yang masih mencari baju raya, jom ikut kolin ke SHARA OTHMAN yang di Central I-City Mall Shah Alam. 

Menampilkan koleksi pakaian muslimah tetapi moden dan paling menarik semua peringkat usia ada. Malah baju raya ibu dan anak sedondon pun ada. Saiz bermula dari S sehingga XL bagi dewasa dan kanak-kanak dari 2 tahun sehingga 12 tahun. 

SHARA OTHMAN


Ianya bermula dari Bentong, Pahang dan di ilhamkan oleh seorang mak kepada anak. Seiring dengan zaman, ianya terus menerus menghasilkan pelbagai koleksi bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air. Kain dan jahitan terbaik yang mereka sediakan membuatkan lebih ramai tertarik dengan koleksi SHARA OTHMAN. Ini antara lokasi butik ya.

 

L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.

L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.

Butik Zalina,
Taman Bentong Prima, 
28700 Bentong, Pahang.

PPZ-MAIWP LANCAR KEMPEN RAMADAN ANUGERAH TERINDAH

Menjelang Ramadan 1444H, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan KEMPEN RAMADAN ANUGERAH TERINDAH yang akan berlangsung sepanjang Ramadan. 

Ianya bertujuan untuk memberi galakan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat di bulan Ramadan selain menguar-uarkan perkhidmatan dan saluran bayaran serta program-program menarik anjuran PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan tahun ini. 



Istimewa kempen kali ini, PPZ-MAIWP menyediakan saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf. Untuk makluman, bermula Disember 2022, PPZ-MAIWP telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan.

BUTIK CHENTA LUNAR, LENGKAPI GAYA DI HARI RAYA

 Assalammualaikum korang

Buat yang masih belum ada baju untuk hari raya aidilfitri, boleh lah semua ke BUTIK CHENTA LUNAR yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.


 

BUTIK CHENTA LUNAR

Nak mencari kelainan raya ini kena lah datang sini. Menyediakan koleksi raya "Celestial in Style" sememangnya memberikan ketrampilan yang istimewa di pagi raya nanti. 


"Celestial" yang bermaksud cakerawala atau 'heavenly' ianya merupakan metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa 'up to date' atau tidak lapuk dek zaman. 


 

GKB INTERNATIONAL MEMBERI PERLINDUNGAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN BADAN SECARA KOMPRESHENSIF

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua. 

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2018, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil uashaa sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Ianya mempunyai objektif untuk mempromosi produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan. Semua produk GKB International adalah halal dan mempunyai pelbagai sijil bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawainya pada tahap tertinggi.

Ni pertama kali kolin kenal produk GKB INTERNATIONAL, itu pun pasal viral kat Tiktok tau.

Mula kolin mencari produk kesihatan sebab masalah kesihatan kolin yang sukar menurunkan berat badan dan juga masalah gastrik yang kerap menganggu. Gastrik ni seiring dengan usia. Itu yang kawan kolin cadangkan cuba GKB International. 



Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Nak beli pun senang, kolin beli dari platform shopping online iaitu Shopee. Senang dan kalau beli dari situ ada free gift juga.  

 

BUFFET RAMADAN 2023 - JOM "IFTAR AT CONCORDE" DI HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

 

Assalammualaikum semua..

Bulan Ramadan yang menjelma pada tahun ini, Hotel Concorde Shah Alam tidak ketinggalan menganjurkan buffet ramadan bagi semua pengunjung. Bagi korang yang ingin berhimpun boleh lah ke "IFTAR AT CONCORDE" nanti. 

Bertempat di Melting Pot Cafe ada 4 menu yang belainan yang bakal dihidangkan mengikut hari. Kiranya setiap hari menu lain-lain tau.

 


Menurut Ms. Amilia, Director of Sales & Marketing Hotel Concorde Shah Alam, - pelbagai menu yang dihidangkan pada tahun ini yang bakal memikat hati semua pengunjung. 

BUFFET RAMADAN 2023 - SELERA NUSANTARA DI DEWAN BANKUET MBSA SHAH ALAM

 

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023- ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini.

 

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

SONGKOK MALAYA DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang...

Pertama kali kolin ke butik songkok! Sebelum ini memang tak pernah terfikir untuk songkok ni ada butik tersendiri. Kalau tudung, baju tu biasa dah. Ini lah kelainan SONGKOK MALAYA yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini. 

Minggu lepas kolin ke Songkok Malaya, memandangkan anak lelaki kolin bakal naik sekolah semula. Songkok yang ada pun dah buruk juga. Jangan ingat raya sahaja kena cari songkok, ada juga sekolah sekarang yang mewajibkan pemakaian songkok macam sekolah anak lelaki kolin. Disebabkan nak cari yang kualiti dan tahan lama, kawan-kawan suruh ke Songkok Malaya. 

 

Perfectly fit! Memang elok sangat, paling kolin suka kat sini semua saiz songkok ada. Dari orang tua sampai ke baby. Dan kalau yang nak beli tengkolok pun ada!! Datang sini sahaja untuk semua saiz, kan senang.
 

KAK SITI CAFE DI TAMAN MASTIARA, KL

 Assalammualaikum korang. 

Minggu lepas balik kerja dah lewat sangat. Memang dah kelaparan lah, kolin pun suruh semua siap-siap keluar makan aje lah. Maklumlah nak memasak lagi memang tak mampu, penat laa mengadap sesak jalan raya hari-hari. 

Ini pertama kali kolin makan di KAK SITI CAFE. Ianya terletak di dalam Taman Mastiara, Batu 5 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 

Deretan kedai makan kat sini banyak. Antara yang popular ialah Kerabu Kaki Ayam. So buat lah pilihan, cuma kolin ke kedai yang itu, servis lambat betul. So pergilah kedai sebelah-sebelah. Tak kurang juga sedap hidangan mereka. 

SET TALAM RM50

Kak Siti Cafe ini kolin nak berkongsi sebab rasanya macam murah dan sedap! Boleh datang bawa anak-anak kalau nak bajet.


Kolin makan ni berkongsi dengan suami. Memang kenyang tau. Siap anak-anak tumpang sekaki, padahal mereka semua dah order makanan masing-masing ye. 

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MAMA

Hey korang....Ulangtahun kelahiran mama kolin pada 18 Februari yang lalu. Syukur Alhamdulillah mama masih sihat dan doakan terus sihat sepanjang usia ya. Sayang cik timah!

Dan disebabkan anak dia ramai, kami adik beradik ni take turn untuk celebrate. Jadi kolin terlewat lah sikit. Kali ini dia teringin nak makan-makan di salah sebuah restoran milik chef terkemuka tanahair iaitu Chef Wan.

Kami ke cawangan yang di TTDI. Cantik juga tempatnya, suka..cantik sangat tempatnya. Dekorasi pun sejuk mata memandang.

KENALI JENIS KAKI ANDA BERSAMA PAKAR DI SUNFEET INTERNATIONAL

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Buat korang yang tak pernah dengar SUNFEET INTERNATIONAL, ianya adalah pakar Orthotic & Prosthetic bagi yang mengalami masalah kesihatan berpunca dari kaki. Sudah berada di Malaysia lebih kurang 40 tahun dan mempunyai kepakaran dari UK dan USA Certified since 1978. Pusat Rehab ini terletak di Petaling Jaya dan telah berjaya membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan kaki. Memperkenalkan kepada korang Dato' Dr. Edmund Lee, pakar di SUNFEET INTERNATIONAL.

      

Sekiranya korang mengalami flat feet, foot pain (sakit kaki), knee pain (sakit lutut) atau back pain (sakit belakang) yang lama dan tak baik-baik selepas makan ubat dan berjumpa doktor, kolin sarankan datang ke:

SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE

Buka Isnin ke Jumaat 10.00am - 5.30pm
Ground Floor, Wisma Daju 5
No. 21 Jalan Barat
46200 Petaling Jaya, Selangor
(bersebelah Wisma Thriffy, bertentangan dengan PJ Hilton Hotel) 

Call: 0135283939/0139122839
 

Tic Tac Malaysia Menawarkan Hadiah Utama Percutian dan Pelbagai Hadiah Mingguan Menarik Menerusi Pertandingan ‘Rays Of Positivity’

 

Dengan pelonggaran sekatan perjalanan dan banyak negara telah membuka semula sempadan mereka bagi mengalu-alukan pengembara, aktiviti pelancongan kini menjadi semakin rancak hingga ramai yang tidak sabar untuk memulakan percutian mereka. Bagi meraikannya, Tic Tac Malaysia mahu terus memastikan rakyat Malaysia kekal segar dan positif menerusi kempen “Rays of Positivity” anjurannya sambil memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah percutian, telefon baharu atau berbelanja sakan di Shopee.

Mulai hari ini hingga 25 April, para peserta boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Rays of Positivity’ Tic Tac dengan hanya beberapa langkah mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti baucar perjalanan berjumlah RM10,000 yang menjadi rebutan daripada Trip.com yang boleh digunakan untuk menempah tiket penerbangan, hotel dan banyak lagi. Para peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan menarik seperti Samsung Z Flip 4 (bernilai RM4,099) dan 25 baucar Shopee yang bernilai RM100 setiap satu. 209 pemenang bakal diumumkan menerusi kempen ini yang berlangsung selama 8 minggu.

 


PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM KEMBALI LAGI DENGAN BUFET RAMADAN BERTEMAKAN CITA RASA MUHIBBAH

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), satu lokasi yang sinonim dan popular dengan majlis bufet ramadan kembali lag dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan "Cita Rasa Muhibbah" bermula 25 Mac sehingga 19 April 2023.

Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia - SACC memilih "Cita Rasa Muhibbah" sebagai tema untuk menu bufet ramadan kali ini, ujar Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Yusof bin Mahmud.