Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DUDUK DI RUMAH DENGAN #ANTABAX



#StayAtHome with Antabax 

Hai korang semua, Assalammualaikum semua.

Perdana Menteri kesayangan kita semua telah mengumumkan bermula dari 18 Mac sehingga 20 April 2020 satu negara semua akan di bawah Pengawalan Kawalan Pergerakan untuk kita semua mengelak dari terkena virus Covid19. Untuk kebaikan kita bersama tau. 


Satu dunia sekarang sedang mengalami kesukaran, dan sudah sedia maklum kita perlu basuh tangan selalu, gunakan asas alkohol ;hand sanitiser' untuk membunuh kuman yang ada di tangan kita supaya kuman tidak berpindah ke muka, mulut dan hidung di mana kuman lebih mudah memasuki badan kita semua. Membasuh tangan adalah sangat penting untuk semua orang tahu. Kita maklum korang semua termasuk kolin mengalami kesukaran nak dapatkan produk ini. Pihak mereka sedang bertungkus lumus untuk memastikan stok sentiasa ada untuk semua orang. Tapi Antabax mencadangkan kita semua guna sabun buku, di mana sabun cecair dah kurang di pasaran. Ianya sama sahaja tau kesannya tau, membunuh kuman 99.9%, menurut Francis Ng, Senior General Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. 

ELAKKAN PENGUNAKAN PRODUK YANG BOLEH MEMBUATKAN KESAN YANG TERUK, UMPAMA MUDAH TERBAKAR

Basuh tangan ye korang, ini sahaja yang perlu. Ketahui brand yang korang patut beli, pergi ke kedai yang betul umpama Caring, Guardian, Watsons atau farmasi yang ada. Dan ada juga yang buat produk sebiji macam Antabax tau. Tapi jangan tertipu ya korang. Ada juga yang viral di socmed tu bahaya guna alkohol based sanitizer. Tapi Antabax hand sanitizer spray ada 67% alkohol, di mana hand sanitizer gel pula ada 65% alkohol. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) telah membuat pelbagai kajian bahawa hand sanitizer yang ada alkohol dari peratusan 60% sehingga 95% adalah yang terbaik untuk membunuh kuman. 

Mengikut World Health Organizations, semua alcohol based product adalah satu sumber yang boleh terbakar. Dan baiknya korang elakkan suhu tinggi dan juga api. Jadinya apa pun produk ada alkohol korang kena hati-hati. 

PAKAI LAH SABUN BUKU ANTABAX
Antabas menyeru semua mengikut arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, gunakan sabun dan mandi setelah balik dari membeli barangan keperluan untuk mengelak jangkitan apa juga penyakit kepada ahli keluarga. Dan kalau korang nak tahu, Antabax adalah pelbagai variasi shower cream untuk membunuh 99.9% kuman jahat. 

Jadilah sebahagian dari komuniti dan ambil tahu mengenai Antabax kempen terbaru mereka dengan melawat Antabax Official Facebook page www.facebook.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram. 





 

CARA BUAT AGAR AGAR SUSU

Assalammualaikum! Siapa yang tak suka agar-agar atau jelly. Kalau cuaca panas-panas dapat makan agar-agar confirm sedap! Satu lagi pemanis mulut agar-agar ini memang menjadi pilihan dari anak kecil sampailah yang berusia. Agar-agar pula ada macam-macam, selalu yang senang dibuat ialah 'agar agar pekak' alah yang warna merah tuuuu..selalu masa birthday party atau kenduri ada agar-agar merah sirap tu. 



Tapi yang ini agar-agar susu, resipi turun temurun dari mama kolin. Dari kolin kecil sampai lah dah tua ini memang ada agar-agar susu ini masa raya atau bila-bila masa. Jadi kali ini kolin nak berkongsi dengan korang pula resipi mama kolin ye. Caranya sangat senang, murah dan sedap.

RESIPI AGAR-AGAR SUSU

Bahan-bahan yang diperlukan:

agar-agar tali (pastikan rendam dahulu sebelum merebus)
gula putih dalam 7 ke 8 sudu
susu sejat (tak kisah apa brand pun)
pewarna merah atau apa-apa color pun takpe

Cara nak buat:

1. Tali agar-agar yang direndam tu dalam setengah jam boleh on api. Masa nak merebus tu siap masukkan 7 ke 8 sudu gula putih. So biarkan sampai agar-agar tu hancur. 

2. Setelah semua hancur agar-agar direbus, ambil sedikit air rebusan masuk ke mangkuk lain dan titiskan warna merah. Biarkan mengeras okay. Masukkan dalam peti terbaik.

3. Yang masih dalam periuk tu, sila masukkan susu sejat dan api diperlahankan. Masuk perlahan-lahan ye. Kita nak elakkan berbuih-buih. 

4. Setelah semua susu sejat dimasukkan, kacau perlahan-lahan sampai semua rata.

5. Masukkan dalam bekas yang disediakan dengan menapis ye. Kita tak mahu sisa agar-agar yang masih ada tu. So tapis perlahan-lahan. Biarkan
sejuk seketika. 

6.Ingat tak yang warna merah dalam mangkuk kecil tadi tu, korang cincang dia macam korang cincang cincau. Perlahan-lahan tabur dalam bekas yang korang dah masukkan agar-agar susu tu. Perlahan-lahan okay. 



Selesai sudah. Tunggu keras sikit, korang masuk dalam peti sejuk dan boleh lah makan setelah sejuk. 

Cuba sekali, confirm lepas ini semua dalam rumah minta lagi hahahah. Sekian sahaja perkongsian kolin mengenai resipi warisan dari mama. Yang tak faham sila komen, kolin bagi tutorial khas ye...love you.

Be safe everyone :)

7 SEBAB KENAPA RAMAI MEMILIH PAKEJ HAJI RAWDAH DARI FELDA TRAVEL

Assalammualaikum semua. Hari ini kolin nak berkongsi dengan korang semua Pakej Haji Rawdah Premium. Peluang naik haji 90% jika status rayuan tau. Lagi mengembirakan Pakej Haji Rawdah ada khemah khas semasa di Mina. Dan ini semua ada promosi untuk korang semua. Terima kasih kepada Felda Travel sebab ada pakej yang hebat untuk semua bakal jemaah haji yang dalam status rayuan.

"PROMOSI ISTIMEWA BAGI PENDAFTARAN SEBELUM 25 MAC 2020"


7 sebab kenapa ramai orang memilih pakej haji Rawdah dari Felda Travel:

1. Peluang yang tinggi 

Kebarangkalian untuk anda naik haji sangat tinggi meskipun anda di status rayuan. Sebagai contoh: Semua jemaah haji berstatus rayuan telah berjaya menunaikan fardhu haji dengan pakej ini. Sekiranya korang telah daftar haji dari tahun 2015 ke bawah, Insha Allah Felda Travel dapat membantu anda menunaikan haji tahun ini.

2. Pembimbing yang berpengalaman

Ibadah haji yang bakal dilaksanakan akan dibimbing oleh Prof. Dr. Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji yang bertauliah dan cukup berpegalaman membawa jemaah haji dari Malaysia. Jadi korang tidak perlu risau mengenai masalah atau hukum hakam sepanjang menunaikan fardhu haji. Semua bakal di bantu ye. 


3. Hotel dekat dan sajian makanan terbaik

Korang yang mendaftar dengan pakej ini, akan menginap di hotel bertaraf 5 bintang iaitu Safah Royal Orchid Hotel. Hotel ini bersambung dengan dataran di Masjidil Haram. Jadi korang boleh berulang balik dengan selesa dan senang. Satu lagi perkara menarik ianya ada food court yang menghidangkan sajian menu dari Malaysia. Ini kerana ianya menempatkan Restoran Felda D'Saji. Korang yang rindu Malaysia boleh lah lepaskan rindu dengan makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari sepanjang di sana nanti. 

4. Tiada transit hotel di Aziziah

Dengan pakej ini korang akan terus menginap di Mekah. Bukannya transit dulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijjah seperti pakej yang lain. Mesti ramai yang tidak tahu perkara ini kan. Tapi ada pakej yang murah harganya kerana jemaah dibawah transit menginap di Aziziah terlebih dahulu bagi penjimatan kos sebab hotel di kawasan Mekah akan jadi mahal ketika masuk masa kemuncak haji iaitu pada 25 Zulkaedah sehingga 15 Zulhijjah. Jemaah akan hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas   15 Zulhijjah. Memang menjimatkan kos akan tetapi jemaah mungkin tidak dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana jaraknya sejauh 4.5km dan keadaan jalanraya juga sangat jem tau. Itu sebab pakej Rawdah ini yang terbaik. 


5. Penerbangan yang selesa

Korang yang ambil pakej ini dapat terbang ke Jeddah dengan selesa menaiki penerbangan Business Class dari Saudi Airlines. Haa...ini yang kolin nak kongsi, pakej ini memang termasuk tiket kapal terbang business class ye. 

6. Khemah dekat dan juga selesa

Beribadah dengan selesa di dalam khemah khas semasa berada di Mina. Dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar. Kalau pakej biasa jarak hampir 3.5km tau. Sangat sesuai untuk kita yang ada sakit kaki bila berjalan jauh. Mahupun golongan yang lebih berusia. Kualiti ini memberikan kita menjalani ibadah haji yang terbaik. 




7. Lebih fokus dengan kumpulan kecil

Apa pun kerja yang kita lakukan, kumpulan kecil lebih mudah. Sama juga dengan pakej ini, dijanjikan dalam kumpulan yang sangat kecil. Pakej jemaah haji Rawdah ini untuk 45 orang sahaja. Cukup untuk pergerakan satu (1) bas dan sudah pasti Felda Travel dapat memastikan kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik. 




Dengan ada tujuh (7) sebab ini kolin pasti ada yang tergerak hati kan. Pastikan korang daftar sebelum tahun 2015 dan dalam status rayuan okay. Slot untuk PAKEJ RAWDAH ini sangat terhad untuk 45 jemaah sahaja. Buat makluman korang sudah 34 jemaah berdaftar sehingga tarikh 20 Mac 2020. Jadinya tinggal 11 kekosongan sahaja lagi. Cepat grab peluang ini untuk kita sendiri ataupun untuk orang yang tersayang. 




Untuk segala pertanyaan korang sila ke sini:


atau call terus ke Puan Shidah di talian 019-2010843 atau Tuan Hj. Rizal 019-2637028
Email: salam@feldatravel.com.my




Senang bukan?! Itu sahaja yang perlu korang lakukan untuk rebut peluang lagi 11 kekosongan itu. 

Nak lihat perkongsian menarik di laman media sosial jangan lupa ke hashtag #feldatravel #pakejhaji #pakejhaji2020 #haji2020 #panggilanhaji2020




  

RAHSIA RAMUAN AYAM GORENG SEDAP DAN MENYELERAKAN

Assalammualaikum korang semua. Siapa yang tak suka makan ayam goreng kan? Tapi jangan tak tahu, ada pelbagai tips atau resipi untuk ayam goreng yang sedap tau. Lagi lah buat mak-mak yang nak pikat hati anak-anak dengan masakan di rumah. Jangan lupa para ibu semua, masakan kita adalah 'senjata' tau. 




Hari ini menu ayam! Kalau dah ayam mesti lah ada ayam goreng. Tapi selalu kolin akan gunakan cara tradisional iaitu kunyit dan garam. Tapi kadang tak berapa laku ayam goreng macam tu. Jadinya kolin potong dadu isi ayam dan gaul dengan ramuan rahsia kolin iaitu TEPUNG BESTARI HOT & SPICY. Jimat garam dan kunyit tau. Korang hanya perlu basuh semua ayam tu bersih-bersih dan gaulkan dengan tepung Bestari tu. 

TEPUNG BESTARI COATING MIX

untuk makluman korang semua, tepung bestari ada dua jenis, satu biasa dan satu lagi spicy. Tapi yang spicy atau pedas tu tak lah pedas mana pun wei, anak-anak confirm suka. 

Selesai dah goreng, korang potong bawang holland dan cili tabur atas ayam tu. Tengok lah macam mana berselera anak korang makan nanti tau. Kolin suka sebab ianya akan buat ayam tu ranggup.





Itu lah rahsia ramuan ayam goreng sedap dan menyelerakan dari kolin. Siapa yang tak pernah cuba lagi tepung goreng dari bestari untuk mengoreng ayam, sila cari kat pasaraya terdekat okay. Dulu dia jual paket besar, tapi sekarang ada jual dalam kotak kecil harga tak sampai RM5 pun tau. Boleh pakai banyak kali. Korang jangan buh banyak pun, buh tipis-tipis gaul ayam korang. Ianya sudah cukup!!

Selamat mencuba gais!!

MAJLIS PELANCARAN SHOWROOM WIRDORA


Kilauan batu permata bukan sesuatu yang asing kan, idaman semua wanita. Dan disebabkan itu lah, Wirdora sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan barangan perhiasan wanita dan lelaki yang mengunakan kristal Swarovski asli yang di import dari Austria, hari ini telah melancarkan butik pameran baru mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur. Jadinya sekarang ini dah senang lah korang nak cari perhiasan Swarovski dari Wirdora. Kolin suka cucuk tudung dia, comel!

 MAJLIS PELANCARAN SHOWROOM WIRDORA


Tahniah kolin ucapkan untuk semua yang terlibat. Untuk pengetahuan korang semua Wirdora adalah Swarovski branding partner yang sah di mana kesemua batu kristal ini adalah asli, bak kata orang puteh authentic ya. Korang jangan risau sebab setiap pembelian akan disertakan seal tag & code no. di mana pembeli boleh buktikan kesahihan dan ketulenan batu itu di laman web Swarovski sendiri. 

BAJU RAYA UNTUK AIDILFITRI TAHUN INI, PENUH TRADISI 'SYAWAL SHOWCASE BAHARI ASYEK 2020


Assalammualaikum semua! Sekarang dah Mac 2020 dan dalam masa 40 hari kita semua akan berpuasa. Tak tipulah semua persediaan kita memang dah mula kan. Termasuk juga Butik Bahari Asyek yang terletak di Plaza Massalam dan juga ruang lobi hotel Concorde Shah Alam ini. Meniti tahun ke 12 dalam persada dunia fabrik dan fesyen tempatan, butik ini juga tidak kalah dalam memperkenalkan identiti budaya melayu dalam setiap rekaan yang ada.

BAJU RAYA UNTUK AIDILFITRI TAHUN INI, PENUH TRADISI MELAYU - 'SYAWAL SHOWCASE BAHARI ASYEK 2020


Wanita besi atau teraju utama Bahari Asyek ini tidak jemu-jemu berkongsi dengan peminat baju melayu klasik setiap tahun. Dan tahun ini Puan Zahalina, selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek menganjurkan Syawal Showcase Bahari Asyek 2020 pada 12 Mac 2020 yang lalu dan ikut mata kolin ianya SUKSES! Tak pernah tak cantik, semua rekaan dia kolin jatuh cinta!

ni dia Puan Zahalina, Pengarah Urusan Bahari Asyek

BERBUKA PUASA & MENANG SEMASA BUFET RAMADAN AL-KAREEM 2020 “HOUSE OF SMOKE AND GRILL” DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM



Assalammualaikum semua!! Dalam masa 40 hari bulan puasa akan tiba. Setiap kali bulan puasa GRAND BLUEWAVE HOTEL, SHAH ALAM tidak pernah ketinggalan memberikan hidangan istimewa dan juga satu pengalaman berbuka yang manis buat korang sekeluarga mahunpun sesiapa juga. Bertemakan HOUSE OF SMOKE AND GRILL korang mesti dah terbayang kambing golek kan. Memang sedap!! Jujur kolin nak bagitahu, banyak nyaaa menu!!! 


 Seksi kan kambing tu...rasa dia pulak lazat!


Bufet iftar tahun ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba!






Tambahan lagi, terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam. Tetamu juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham. 




Selain itu. tetamu juga boleh melihat barisan 16 gerai yang menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!,Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.



Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and Grill” kami yang juga merupakan konsep utama Bufet Ramadan kali ini. Di gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa kami iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.  

Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala.  


Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba.

Antara lain yang dinanti-nantikan semasa berbuka puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga, tentulah pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman-minuman seperti Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa.

Selain dari hidangan buffet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri kami menyediakan bermacam jenis pemanis mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.


Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.  

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.

Sebagai penghargaan terhadap tetamu yang amat kami hargai, GBWHSA melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli 15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.

GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus buat

syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.  


Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. Hadiah yang dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00.  Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan tetamu boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam kami di Surau kami.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran kami di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com atau Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801 atau +60192757801.

Terima kasih Grand Bluewave sebab ajak kolin previu buffet ramadan you! Love~