Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REALME memperkenalkan 2 telefon pintar baharu King Speed realme 3 Pro & Entry-Level Value King, Realme C2

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk semua yang mencari-cari telefon bimbit yang baru kena baca cerita ini sampai habis ye. Kolin bertuah baru-baru ini dapat bersama menyaksikan pelancaran rangkaian peranti terbaru realme 3 Pro dan realme C2 di Malaysia pada 14 Mei 2019 yang lalu. Malah korang boleh dah beli online dengan kerjasama Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia, klik, bayar  dan terus telefon baru sampai lah ke rumah nanti. Senang kan!



Produk yang meletakkan tanda aras yang tinggi di dalam mutu, gaya dan prestasi ini amat membanggakan. Menyasarkan golongan muda dan remaja, telefon peranti ini mampu memberikan pengalaman yang tinggi dan menikmati manfaat 'power & style' menurut kata Pengurus Jenama realme Malaysia iaitu Tiffany Teh. 
Seperti yang semua kita maklum, dunia elektronik ini sangat maju, ada saja benda baru diperkenalkan kan. Tapi realme memberikan sedikit kelainan dan kelebihan kepada produk pengeluaran mereka. Kerana mereka dah kaji dan selidik tau, sebelum penghasilan produk yang dilancarkan. 



Malahan ciri-ciri realme yang berciri agresif dan tangkas ini sudah tentu dapat bersaing di pasaran. Boleh kolin katakan, golongan yang muda pasti terpikat dengan semua ciri yang ditawarkan tu. 

realme 3 Pro: Speed Up To The Next Level

Edisi khas untuk golongan muda ini, realme 3 Pro menawarkan prestasi luar biasa dari segi hayat bateri, kejelasan skrin, pengimejan serta reka bentuk. Kini dijual di Lazada Malaysia dan sememangnya dapat memenuhi kehendak pasaran. Bateri kapasiti 4045mAh memang best! tak lah sekejap-sekejap kena caf telefon kan. Paling best kuasa flash VOOC 3.0 realme 3 Pro ini mampur memberikan masa pengecasan yang sekejap. Kalau caj 10 minit boleh bercakap di telefon selama 5 jam ye. Itu ujian makmal.

Mod Super Nightscape adalah salah satu ciri yang perlu diberikan perhatian. Kamera utama IMX519 16MP + kamera sekunder 5 MP dengan saiz piksel tunggal 1.22um memang best giler. Kalau tangkap gambar di waktu malam dengan kadar cahaya yang rendah tu jangan risau lah. Ianya mampu memberikan hasil terbaik dan dapat memberikan gambar yang sangat cantik.


harga di Lazada Malaysia ialah RM1099.00 dan kalau beli sekarang dapat portable fan ye. 

realme C2: Paparan Mega, Bateri Mega

Produk Entry-Level Value King, iaitu realme C2 di Shopee Malaysia pula mengabungkan reka bentuk dan prestasi terbaik dalam segmen harga. Ianya cukup berbaloi dengan harga RM429 cukup berbaloi. Realme dengan bangganya membawa reka bentuk bak berlian klasik untuk model ini. Dan ada reka bentuk smudge-gree. Dan ianya membuatkan ianya lebih bersinar dari biasa. Skrin Dewdrop bertaiku kecil 6.1 inci HD + nisbah skrin ke badan 89.35%. Dan ianya menjadikan model ini tampil elegan dan cantik. 
Dengan bateri 4000 mAh yang besar dengan pemproses Helio P22 membuatkan bateri tahan lebih lama. Dwi kamera 13MP + 2 MP kuasa AI dengan Chroma Boost menghasilkan gambar yan seimbang. Ada juga Bokeh Effect tau dan ianya menyokong rakaman video 1080p dan video Slo-Mo  malah ianya dapat memberikan gambar terperinci tau.



Itu serba sedikit informasi mengenai dua telefon dari realme yang telah dilancarkan. Majlis yang diserikan dengan cabutan bertuah, pengalaman naik drift dan naik go kart ini memang padat dengan aktiviti. Selesai aktiviti kami semua berbuka bersama. Terima kasih realme Malaysia yang telah mengundangkan kolin menjadi sebahagian dari event ini. Dan untuk korang boleh layari https://myrealme.my/locate-us/ atau https://www.realme.com/my/ untuk maklumat lanjut dan pusat jualan mereka. 



Terima kasih membaca entri ini dan tahniah buat realme Malaysia!


Salam sayang, 

kolin zainal 




 

1 comment:

loving me..loving you