assalammualaikum dan salam sejahtera
REVIEW: Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam, bertemakan Warisan Tradisi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Buat warga Shah Alam atau mana lah tau warga KL yang ingin menukar angin berbuka puasa nanti boleh lah pertimbangkan ke Pusat Konvensyen Shah Alam atau SACC untuk cuba hidangan buffet mereka yang menjanjikan pelbagai juadah berbuka puasa kali ini yang bertemakan "Warisan Tradisi". Tiada yang lama, tiada juga yang baru, ini lah menjadi ungkapan dan inspirasi kepada Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, Rizal Nahar untuk membawakan hidangan kompilasi resipi-resipi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Pengunjung juga dapat menikmati juadah-juadah yang mungkin belum pernah korang rasa sebelum ini tau. Inilah majlis pelancaran buffet ramadan secara besar-besaran yang di adakan baru-baru ini di SACC meraikan rakan media dan tetamu.
EVENT: Majlis Perasmian 20th Century Fox World Studio Store di Genting Highland
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Khabar gembira buat semua yang meminati Fox World tu, macam kartun Ice Age, Rio (yang burung kak tua biru tu) dan pelbagai karakter lain yang lahir dari Fox World tu. Kini korang boleh terus ke Genting Highland dan lihat sendiri di 20th Century Fox World Studio Retail Store tau. Ada Sid, Crash, Eddie, Blu, Jewel, Nico dan Pedro dari Ice Age dan juga Rio. Selain itu ada barangan seperti t-shirt, gelas, magnet peti sejuk yang lain juga seperti karakter Museum, Alien vs Predator, Planet of the Apes juga tau. Kalau korang nak tahu, ada juga barangan yang ada di kedai ini adalah 'limited edition' atau dalam bahasa melayu, keluaran terhad.
KONGSI: Menangi RM110,000 Duit Raya bersama Lam Soon's Raya Fiesta Berganda
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Wahai semua pembaca setia di blog! Berita baik buat korang semua yang suka masuk peraduan, pertandingan atau contest. Ini ada peraduan mudah sangat untuk korang sertai dan menang duit raya tau. Peraduan ini yang sudah pun bermula dari 2 April dan bakal tamat pada 2 Julai 2018 ini senang sangat lah nak sertai. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan iaitu RM10,000 untuk 5 orang pemenang bertuah tau. Terima kasih kepada Lam Soon yang prihatin akan kos sara hidup yang kian meningkat ini. Maknanya di samping korang berbelanja untuk barangan isi rumah, korang pun boleh dapatkan kembali nilai wang ringgit korang dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan sebanyak 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM1000 setiap satu serta lima hadiah utama sebanyak RM10,000 yang membawa jumlah sehingga RM110,00 dalam bentuk duit raya.
REVIEW: Previu Ramadhan "13 Keistimewaan IFTAR" di Bangi Golf Resort
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
holla korang...sat lagi jangan marah bila skrol blog ini okay. Makanan yang kolin review di BGR atau Bangi Golf Resort memang bakal melimpah ruah. Sesiapa yang berpuasa ganti tu, kolin minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki okay. Ampunkan kami sekeluarga hahahhaha. IFTAR atau BERBUKA PUASA di luar bersama keluarga sesekali hujung minggu tu memang saat dinantikan. Lagi pulak kalau tempat yang berbaloi murah dan sedap. Lagi best menu tu pulak pelbagai kan. Siapa yang tak suka lokasi pun senang nak cari tempat letak kereta.
REVIEW: Syawal Preview dari Bahari Asyek, Pesona Warisan
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Memang tak dinafikan kita belum pun berpuasa lagi. Tapi siapa yang tak mencari-cari busana untuk digayakan pada hari raya nanti kan. Memang pening kalau nak fikir fesyen. Tapi buat yang suka pakaian tradisi macam kolin ini, Bahari Asyek sudah tentunya membuatkan korang tak tidur malam. Dengan bertemakan 'Pesona Warisan' ianya sudah tentu memberikan satu keselesaan dan kelainan di pagi Aidilfitri. Banyak betul rekaan baru yang diketengahkan pada Syawal Preview pada tahun 2018. Hampir 35 rekaan baru yang ditampilkan pada pertunjukkan fesyen yang di adakan di butik mereka sendiri yang terletak di Aras 1, Plaza Shah Alam. Bahari bermaksud barang lama, yang silam, warisan lama, dan Asyek membawa maksud jatuh cinta, suka, terpegun terpesona
BAHARI ASYEK (Jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa) begitulah maksud yang direalisasikan oleh pemilik butik ini. Dan kalau korang nak tahu mereka sudah pun memasuki tahun ke 10 di persada dunia fabrik dan jua fesyen tau. Kegigihan pemilik memang tak dapat di sangkal lagi, walau butik lain tumbuh bak cendawan selepas hujan okay.
BAHARI ASYEK (Jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa) begitulah maksud yang direalisasikan oleh pemilik butik ini. Dan kalau korang nak tahu mereka sudah pun memasuki tahun ke 10 di persada dunia fabrik dan jua fesyen tau. Kegigihan pemilik memang tak dapat di sangkal lagi, walau butik lain tumbuh bak cendawan selepas hujan okay.
REVIEW: 'Pepper-Licious' Menu terbaru dari NY Steak Shack
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Buat yang masih tidak kenal NY Steak Shack, ianya telah mula beroperasi dari Julai 2014 dan outlet pertama mereka ialah di Mid Valley MegaMall, Kuala Lumpur. Telah mendapatkan sijil HALAL dan kini mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan adanya lebih 10 outlet yang telah dibuka. Dengan itu, promosi menu terbaru mereka iaitu ' Pepper-Licious' kini dilancarkan untuk semua peminat mereka. Jangan tak tahu, mereka ada menyajikan pelbagai sizzling steak, burger, ayam, ikan dan pasta yang disajikan segar untuk semua pengunjung mereka. Tapi entri kali ini kolin nak cerita menu terbaru tau. Terbaru!!!
KONGSI: Konsert Amal Curahan Kasih, Dataran Seni Klang
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
'Tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima'
Dalam masa sebulan lebih nak menuju bulan puasa ini, pertubuhan ini telah berbesar hati menganjurkan Konsert Amal Curahan Kasih yang merupakan usaha pihak pertubuhan amal dan anak-anak seni tanah air khususnya di Negeri Selangor. Menurut mereka, idea ini tercetus atas dasar keinsafan dan jua kesedaran mengenai kesusahan anak-anak yatim. Dan dengan adanya konsert ini, Rumah Anak Yatim Ulin Nuha dan Rumah Anak Yatim Bustanu Ariffin dapat dibantu. Dengan perancangan yang bagus ianya bakal memberikan impak yang positif kepada komuniti setempat dan umumnya juga kepada Majlis Perbandaran Klang.
PRU14: Semakan Daftar Pemilih
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semalam dah 'live' kan bila tarikh kita mengundi. Semua tahu dah Rabu, 9 Mei 2018. Tarikh keramat tu ler, kita sesama keluar mengundi kan. Sebelum mengundi mohon klik link bawah okay. Kita semak dulu, pendaftaran kita okay ke tidak, kat DUN mana yang kan kita laksanakan tanggungjawab kita. By the way, iollss dan masuk kali ke 3 mengundi uollsss. Tak pernah ponteng lagi sejak dah layak mengundi. Ini kan hak, i suka hak yang ini.
Buffet Ramadhan: "Kembara Selera Memikat Jiwa" di Laman Kayangan, Shah Alam
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Jangan tak tahu, panjang umur, Ramadhan bakal menjenguk kita sekali lagi pada tahun 2018. Dan dikesempatan itulah, seperti biasa juadah atau tempat berbuka puasa akan dikongsikan. Terpulang kepada selera semua lah ye. Ada yang suka berbuka di rumah, di kedai ataupun di hotel atau tempat yang menawarkan berbuka puasa secara buffet. Dan kolin berbesar hati ingin berkongsi dengan korang semua salah satu tempat yang sempat kolin rasa dan nikmati hidangan mereka minggu lalu iaitu LAMAN KAYANGAN, SHAH ALAM yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Apa lainnya tahun ini kan.
Part 5: Sarapan pagi, melawat Pasar Siti Khadijah dan shopping di Pengkalan Kubor
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Sesapa yang terlepas sila lah klik sini. Kut lah tak faham kolin tetiba dah hari kedua makan breakfast di Holiday Villa Kota Bharu ni kan. Part 4 lepas tu part 3 lepas tu part 2 lepas tu part 1
Terima kasih membaca tau, gigih nak habiskan semua episod berjalan hahaha. Nak simpan buat kenangan dan juga untuk korang kalau-kalau nak pergi nanti ada sikit rujukan kan. Hari kedua kami bangun awal, okay lah bilik cukup selesa kan. So hari pertama kami nak cuba bersarapan kat hotel lah. Jom kolin tunjuk serba sedikit menu yang disediakan di sini.
REVIEW: Pupuk kebersihan dengan Carrie Junior Funtime Wipes
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Menjadi mak-mak ni kalau yang ada anak kecik-kecik tu memang penting lah kan, tisu basah ini. Amalan memastikan tangan sentiasa bersih tu agak sukar lah jugak. Mana pulak nak cari air dengan sabun kalau dalam kereta ker, kat padang permainan ker, memang sukar lah kan. Dengan itu tisu basah lah main peranan yang sangat bagus pada masa-masa macam ini. Carrie Junior, adalah satu jenama kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun ini memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes dengan dua variasi untuk pilihan korang.
Subscribe to:
Posts (Atom)