Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 #AnleneHEARTPLUS

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tak pernah bermimpi kolin akan ke konsert Dato' Sheila Majid tau. Korang tahukan penyanyi jazz yang bertaraf antarabangsa ini tiketnya habis tau jualannya. Tapi rezeki menyebelahi kolin, sebab Anlene Malaysia sudi menjemput kolin sebagai media bagi menyaksikan sendiri Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017. Kenangan paling manis !!! Manis sangat-sangat sebab sampai sekarang pun boleh move on tengok video-video konsert yang sempat kolin rakamkan malam sabtu lepas. 



Bertempat di Stadium Negara yang tertutup tu, seawal jam 6.00 petang orang ramai dan membanjiri kawasan luar stadium. Memang kemeriahan dapat kolin rasai dah. Jangan korang tak tahu, pertama kali kolin tengok konsert ada pelbagai kaum yang hadir sama ye. Bestnya, konsert ini menyatu padukan kami. Ye lah kalau korang nak tahu, Dato' Sheila umur dia dah 53 tahun tau. Tapi masih bertenaga, kuat dan kolin percaya dia minum Anlene tu. So korang patut cuba okay. 

Sebelum konsert kolin yang dijemput oleh Anlene, sempat minum dan menyertai aktiviti di booth mereka. Sedap la yang coklat tu, yang terbaru tu. Korang nanti cuba ye. Kolin dapat cek kepadatan tulang dan syukur tulang kolin masih OK !! Yelah dah nak masuk 4 series weii..kena lah cek. Kolesterol, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain tu akan mula menjengah kalau kita tak jaga diri kan. So stay healthy people, love your body ya. 




 Konsert yang berlangsung dari jam 8.30 malam sehingga dekat 12.00 malam tu memang menakjubkan. Bayangkan lah lagu jazz aje, tapi semua berdiri menari bersama. Dan lagi seronok, kolin tahu semua lirik lagu dia hahahhah. Kalau nak tahu penyanyi bertaraf antarabangsa ini menyanyikan lebih 25 lagu malam tu. Memang enjoy giler...antara lagu hits pengemis muda, embun, di dalam emosi ini, fikirkan dulu/tua sebelum waktu, warna, memori dan kalau kolin nak list semua sekali memang panjang nih. Tapi yang penting konsert Dato Sheila malam tu memang best giler. Sebelum konsert ini, beliau pernah mengadakan konsert pada tahun 1991 Konsert Lagenda, 1996 Konsert Ratu dan 1999 Konsert Ku Mohon. Dan bertuahnya kolin dapat ke konsert beliau yang ke 4 tau. Terimka kasih kepada semua penaja dan organizer untuk konsert yang sangat hebat !





 Nampak tak betapa lagu-lagu Dato' Sheila membesar sama dengan kolin. Suka sangat masa dia nyanyi lagu kegemaran kolin 'Antara Anyer dan Jakarta". Tapi malam tu ada satu bahagian seleksi lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun ada. Memang kolin dan kawan-kawan lain seronok!!!  memang berbaloi sangat siap yang datang tengok konsert kali ini.






Terima kasih Anlene !!!


Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Yang anlene tu dulu suka minum yang anmum mango. best. tp perasan dah lama xde.

    Ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

    ReplyDelete

loving me..loving you