Assalammualaikum
dan Salam Sejahtera
Hari
minggu yang lalu, kolin ke MyTOWN Shopping Mall di Cheras untuk menyaksikan
sendiri dan juga memberi sokongan kepada kawan-kawan kolin yang menyertai NATIONAL CHURROS EATING CHAMPIONSHIP. Pertandingan
makan churros ini di anjurkan oleh Street
Churos tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh mengikuti Instagram
mereka iaitu www.instagram.com/streetchurrosmy ataupun
Facebook mereka www.facebook.com/streetchurrosmy
Pertandingan
yang bermula pada jam 3.00 petang ini, telah menampilkan 3 kumpulan iaitu
Kumpulan Big Mouth, Kumpulan Puing Puing dan Kumpulan Pelahoop. Dan apa yang
perlu mereka lakukan ialah MAKAN !!
Pihak penganjur iaitu Street Churros akan menyediakan 30 keping churros bagi
setiap kumpulan. Sebanyak 10 keping perasa Cinnamon, 10 perasa Coklat dan juga
10 perasa keju. Kesemua kumpulan perlu makan semua churros itu dalam masa 15
minit tau. Kalau habis makan 30 keping, pihak penganjur akan tambah lagi.
Haaa..maknanya dalam 15 minit peserta
kena makan sebanyak mana churros yang mereka boleh.
Makan
churros tak boleh separuh, itu di anggap kosong markah. Jadinya memang gigih
lah setiap kumpulan menghabiskan churros mereka. Dan kalau korang nak tahu,
setiap cawangan Street Churros ada pertandingan ini. Sabtu lalu yang kolin
pergi tu, 3 kumpulan bertanding untuk ke peringkat akhir lah. Nanti kita tengok
siapa yang menang ya. Inilah dia churros yang 3 kumpulan itu perlu habiskan. Banyak
kan !
Dan
ini dia barisan peserta hari ni yang bakal bersaing membawa pulang hadiah yang
di tawarkan. Buat kumpulan yang menang tempat
pertama, mereka akan membawa pulang RM200 Street Churros Cash Voucher dan RM100
Softree Cash Voucher. Pemenang
kumpulan kedua, RM100 Street Churros Cash Voucher dan RM50 Softree Cash Voucher
dan pemenang kumpulan tempat ketiga RM50
Street Churros Voucher dan RM30 Softree Cash Voucher. Ada hadiah tambahan
tau, Man Of The Match Award akan
membawa pulang Limited Edition Street Churros Bottle ada kipas istimewa dari
mereka. Berdebar sangat nak tahu siapa yang memang. Maklumlah semua peserta
nampak bertenaga dan bersemangat nak menang hari tu.
Dengan
deringan loceng dari pengadil pertandingan pun dimulakan. Memang riuh, gegak
gempita lah Street Churros di MyTOWN Shopping Mall pada petang tu. Jangan korang tak tahu
masing-masing membawa penyokong masing-masing tau. Bersorak, tepuk tangan dan
pelbagai aksi lain lagi. Tapi paling penting semua kumpulan kene fokus habiskan
semua churros yang dihidangkan dihadapan mereka. Kalau korang nak tahu, rekod
yang paling tinggi adalah 21 keping churros, hebat kan!! Kalau kolin memang
mengah nak habiskan semua churros tu.
Kalau
nak tahu, kolin sokong Big Mouth hahaha. Sebab kawan-kawan jugak tu, memang
beriya tengok mereka makan sebab nak menang kan. Kepada peminat churros memang
tiada masalah nak habiskan 30 keping churros tu kan. Siapa yang tak pernah rasa
churros dari Street Churros korang patut cuba okay. Rasanya memang sedap dan
tak muak pun. Kolin suka yang Churros Seeweed Fries tu. Sedap…kalau nak cuba
yang biasa tu, order Cinnamon Churros. Kolin memang pasti lepas ini korang akan
datang lagi sebab sedap. Kalau nak tahu, churros ini berasal dari Korea. Dan
kalau di Malaysia, Street Churros lah yang menjadi pilihan ramai sebab keaslian
churros yang dihasilkan mereka.
Aksi mereka makan memang kelakar
sangat. Sebab dalam masa 15 minit sahaja kena habiskan 30 keping churros tu.
Dan kalau abis sebelum masa berakhir churros akan ditambah lagi.
Dah
selesai 15 minit dan kiraan pun dimulakan oleh pengadil. Ketiga-tiga kumpulan
dikira berapa churros yang masih tertinggal di atas meja. Dan juara untuk
petang itu adalah kumpulan BIG MOUTH !!
Mereka berjaya makan 16 keping churros sekaligus melayakkan mereka di
Pertandingan akhir nanti. Memang kaki makan churros betul Aiin, Eyza dan Alja
nih. Memang tempat pertama tu, habis dua kumpulan lagi kalah. Tahniah BIG MOUTH
!!! Korang memang hebat sangat dan kepada kumpulan Pelahoop berada di tempat kedua
dan kumpulan Puing Puing di tempat ketiga. Tahniah juga buat korang yang
sporting masuk pertandingan ini kan.
Inilah
team Big Mouth dengan hadiah dan sijil masing-masing. Berjaga-jaga tau,
kumpulan ini habiskan 16 keping churros !!Dan
pemenang hari ini akan mewakili Street Churros di MyTOWN Shopping Mall untuk ke
peringkat akhir nanti.
Dan
bagi Man of The Match dimenangi oleh ahli kumpulan Pelahoop yang berada di
tempat kedua bagi hari itu. Tahniah !!
Tahniah
Street Churros Malaysia dan jua kepada semua pemenang. Terima kasih jua buat
penaja Softree and Cornery-the popcorn gallery. Tak sabar nak tengok
semua peserta di pentas akhir nanti. Mesti saingan lagi hebat kan, good luck
buat semua peserta nanti ya.
Love,
Kolin
Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you