Assalammualaikum dan salam sejahtera
Salam hari Selasa uolsss...kita happy hari ini sebab semalam MALAYSIA kalahkan MYAMMAR dengan 3 gol berbalas satu. Tahniah Malaysian Football Team. Haa..dah jom pergi kat cerita yang kena dengan tajuk entri hari ini hihihih
Korang semua mesti dah tahu apa tu pinggan viral. Tapi ada juga kawan-kawan yang tak tahu. Pinggan ni sebenarnya cantik, warna warni dan memang kalau korang suka koleksi pinggan. Memang akan rembat satu atau dua. Cuma ada juga yang berkongsi cerita pinggan ini tak bagus untuk kesihatan sebab tahap plumbum yang ada. Korang boleh lah google mengenai keburukkan pinggan ini. Tapi kolin sendiri tak pasti lah betul atau tidak. Biasalah pinggan ni memang cantik. Buat yang suka simpan koleksi memang minat ler sebab warna dia memang mengancam.
Yang lonjong tu RM10 untuk 2 keping tu kolin suka. Sebab corak bahagian tepi sahaja dan corak tak melampau. Dan rasanya kalau isi kek atau buah-buah masa raya haji nanti memang lawa kan.
Mangkuk yang sesuai letak hidang maggi dalam ni agak mahal RM15 untuk satu mangkuk.
Yang ini mangkuk kecil sedikit. RM10 untuk satu biji.
Pinggan makan ini pula dalam RM15 untuk satu keping. Warna-warna ni memang buat hati ni terusik sangat nak beli tau.
Mangkuk ni besar dan boleh isi nasi putih atau mihun. RM25 untuk satu mangkuk ni.
Yang ini pula ikut saiz pinggan yang korang pilih.
Secara peribadi, kolin tak gemar pinggan warna warni. Lagi suka pinggan semua putih bersih dan berselera nak makan. Ini yang kolin tengok masa pinggan viral ini dijual selama 3 hari di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kolin tak ler pergi CM kat KL tu semata-mata nak tengok pinggan ini. Rasanya kalau korang pergi beli kat IKEA atau SOGO harga pinggan yang berkualiti tu sama aje dengan yang ini. Cuma yang ini kita tak tau QC (quality control) mereka tahap mana. Tapi kalau di IKEA atau SOGO mungkin QC mereka lebih terjamin. Tapi terpulang lah kesukaan masing-masing kan. Hari tu masa kolin belek-belek tak beli pun sekeping. Sebab rasa macam tak ler best hahahahhaha. Jangan lah kecam weiii..memang suka belek aje tak berkenan nak beli. Tapi kalau korang nak beli, teruskan lah. Dah minat masing-masing kan.
Kalau korang pergi PAS, Shah Alam dah takde dah. Nak tengok lagi pinggan viral ini sila lah ke Central Market, Kuala Lumpur. Boleh lah tengok Facebook, ramai yang update pasal ini. Ada juga personnel shopper buat jual beli pasal pinggan ini. Kalau malas beli, boleh order dengan mereka okay. Itu aje lah cerita kita dengan pinggan viral ini. Sekian terima kasih
babai
Kolin Zainal
yg kt cm ms viral tu rmi giler...mmg cantik2 tp aku pn tkde la membeli sbb pinggan mangkuk adiah kawin byk lg dlm kotak haha...tp suka tgk corak2nye
ReplyDelete