Assalammualaikum dan salam sejahtera
Tak lama lagi 1 September 2017, kita semua bakal meraikan Hari Raya Aidiladha kan. So memang semua orang tahu, kalau hari raya haji yang selalu kita sebut ini adanya IBADAH KORBAN. Tahun ini, kolin bersyukur rezeki murah sangat. Jadi tahun ini kolin terbuka lah hati nak join ibadah korban. Terasa satu kedamaian yang tak pernah kolin rasa bila dah book nama dan bayar segala. Patutlah kawan kolin dari mula dia buat dan selepas itu setiap tahun dia buat ibadah ini. Sebab ketenangan kut, ketenangan yang tak boleh dibeli. Jadi tahun ini, dipermudahkan segala kolin buat atas nama emak kolin. Eh tak tau nak gambar perasaan gembira hati kolin sebab buat untuk mama.
Buat korang yang nak tahu kat mana nak buat selain dalam negara kita, inilah yang kolin nak berkongsi. Ini kenalan lama kolin nama dia Azwan Suroto. Memang dah lama kolin perhatikan dia di laman maya, malah tahun lepas kolin tengok gambar dia bersama rakan-rakan beliau membuat ibadah korban di sana. Kita semua tahu, sana ada melayu champa yang daif. Jadi kolin rasa ini lah yang terbaik. Buat kat sana ! Semoga niat baik ini diberkati dan terima Maha Kuasa. So buat korang yang nak tahu macam mana nak buat.
Sila baca di bawah ya.
Bagi melaksanakan ibadah Qurban ini:
1. Lembu satu bahagian RM350/S$120
2. Kambing seekor RM770/S$250
Bayaran boleh disalurkan terus kepada Mohamad Azwan Bin Suroto, Maybank 112054046259 dan segala pertanyaan dan bukti pembayaran tuan/puan boleh hubungi melalui No Whatsapp ini 012-2896426. Malah segala infak atau zakat harta yang ingin disalurkan jua amat di alu-alukan. Tarikh akhir ialah pada 28 Ogos 2017. Insya Allah ibadah Qurban ini akan dijalankan di Kampung Cham, Kemboja.
Inilah perkongsian kolin hari ini. Semoga ada yang terbuka hati melakukan ibadah ini tahun ini macam kolin. Ye lah, dapat gaji beribu-ribu sebulan, malu kita tak buat sekali pun. Jadi kolin dah pasang niat, mulai tahun ini kolin akan laksanakan ibadah ini.
Kita bukan nak riak, kita bukan nak menunjuk. Dan kolin pun harap kita semua berhenti menghakimi orang lain.
So jangan lupa whatsapp Wan tau. Dia kawan lama kolin, baik sangat dengan kolin. Tahniah Wan sebab buat kerja bagus macam ini. Kalau korang whatsapp dia dan dia tanya tahu dari mana bagitahu aje dari kolin okay..yeay...kita buat korban tahun ini !!!
Love,
Kolin Zainal
Semoga diPermudahkan urusan ibadah korban & akikah semua pada tahun ini. Aamiin
ReplyDelete