Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 6: Percutian ke Seoul - Naik LRT Sendiri

assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam entri sebelum ini, kan kolin dah cakap kami dibenarkan explore bandar Seoul sendiri. Tanpa tour guide memang merata lah kami berjalan dan sampai malam baru jumpa jalan balik hotel hahaha. Kaki lenguh, hidung tersumbat dan penat tak usah lah cerita, tapi berbaloi-baloi lah. So pagi-pagi kami berempat terus keluar dari hotel selepas breakfast. Tempat pertama kami pergi ialah Miengdong (tak tau lah ejaan betul tak) tapi tempat kami pergi tu memang tempat shopping lah. Dari tempat penginapan kami tak jauh pun nak ke stesen LRT mereka. Semua bawah tanah tau, yang best kami minta tolong 'oppa' ini tunjuk kami ke LRT. So dia cakap 'follow me' hahahahha. So kami follow lah 'oppa' tu sampai LRT dan cakap Khamsahamida = maksudnya terima kasih. 

So masa sampai terus buka peta semalam yang kami dah tengok nak kemana. Tiket tu macam kad tau, so bila dah pakai masuk mesin balik boleh dapat refund. Kiranya kad tu macam korang sewa lah. Recycle balik aje. 



Nampak tulisan Korea aje kan, tapi korang jangan risau ada tulisan in English juga. Senang nak tengok, cuma korang kena pastikan stesen apa yang korang nak turun dan keluar pintu mana. Kalau tidak memang sesat !




Paling penting dapatkan peta ini. Menurut kata tour guide kami Ms. Anna korang boleh travel satu Seoul dengan LRT ini sahaja. Tak perlu guide pun sebenarnya. Sebab semua boleh sampai dengan naik LRT sahaja. Maknanya pengangkutan awam mereka sangat friendly dan terbaik. Selesa tau LRT mereka dan kami sempat berborak dengan Korea yang fasih bahasa English. Banyak juga tips yang diberikan. 

Dah sampai !!! Ini lah geng bising dalam bas, bilik hotel dan LRT. Kami ni kawan dari form 1 sampailah sekarang masih kamceng tau. Tak berlawan-lawan siapa hebat pun. Bertiga pun tak terasa tersisih tau. Korang nak cari kawan, cari mcm ini ok. 


Disebabkan pagi lagi, banyak lah kedai tak buka lagi. Tapi tetap posing, Sejuk memang tak ingat laa! Di sebabkan itu kolin dah dilanda demam pun hari ke-4 kat sini. Jadinya pergi 7-eleven mereka dan beli vitamin C.

Minum la bagi kuat sikit dan jomlah kita explore apa ada kat Miendong ini. Memang kami borong mekap, skincare dan pelbagai barangan kat sini. Rambang mata sebab, bila convert kepada RM lagi murah di sini. So memang sebat abis barang-barang kat sini. Tak lupa lah beli face mask buat souvenior kawan-kawan kat Malaysia. Maklumlah kat sini kan mahal, Korea murah wei. Makanan dan buah-buahan pun memang banyak yang kita boleh makan. Yang penting fresh, sedap dan manis okay. Jom kolin kongsi antara gambar yang kolin sempat rakamkan sekitar sini. Tempat ini besar tau ! Ala-ala Bukit Bintang tapi lagi lapang, penat jalan-jalan. 
 Strawberry kat sini besar, sedap dan manis. Memang teringat sampai sekarang. Makan dalam bilik hotel terkekek-kekek sangat. Nikmat sungguh. 


Besar kan saiz, so korang pergi lah dalam bulan 12 tu dapat merasa pelbagai buah-buahan tau. 


penjual ini jual cotton candy yang sangat lawa. Tapi dia cakap 'no, no picture'. So aku tangkap pakai kamera dari jauh hahahahah. Korang kalau pergi nampak dia ni, jalan aje. Jangan cakap cantik n lawa. Dia halau weiiii, orang Korea bukan semua comel pun. Biadab pun ramai weiii.
 Air buah delima yang super lazat !
 Limau besar dan sedap sangat !

Yang ini kolin tak cuba, tapi rasanya sure sedap kan. Fresh tu !
Ini pula antara barangan yang murah dan boleh lah beli bawak balik kat Malaysia. Kat sini berbagai makanan dan barangan. Korang hanya perlu simpan tenaga dan explore satu-satu. Cuma hati-hati dengan skincare yang tidak halal. Cek okay. 



Dah berjalan sakan, kami  pun lapar. Tapi takpe kat sini senang nak cari makanan halal. So kali pertama kami ke restoran makan lunch bayar sendiri huhuhu 


Ini la Potala Restoran, masakan muslim dari Nepal. Sedaplah makanan dia, tapi tak tahan semua portion besar-besar. Jenuh nak abiskan semua yang kami order.




Harga pun berpatutan lah. Kami ber-4 dan makan pun berkongsi. So tak terasa lah sangat bayar bil tu kan. Tapi best masa kat sini kami terserempak dengan keluarga melayu dari Singapura. Ramah sangat !! Kami berborak lah sambil masuk bab politik hahah. Tapi memang besar hati sebab orang Singapura tu sangat peramah tau. Tapi kalau jumpa orang Malaysia kat sini, dema buat tak nampak uollss. Macam lah dema tu kat negara lain hahahha. Padahal sesama bercuti kut, tak salah pun kalau senyum kan.

Selesai makan kami terus berjalan lagi. Banyak sangat nak explore. Selepas itu kami semua ke Hard Rock Seoul. Naik train turun kat mana lupa dah. Hard Rock Seoul kecil aje terletak dalam mall. So dah tengok dan bergambar, kami terus balik ke area penginapan kami. Sebelum balik sempat lah kami makan petang. Makan malam tak pe sebab banyak buah-buahan dah kami beli untuk makan. Maklumlah masa makan lunch dah belasah makan banyak. Cuaca sejuk, badan pun tak sihat. So memang makan lebih-lebih supaya badan tahan sikit.





 Chuross yang sedap heheh. Tapi sebelum tu, kami memang enjoy giler shopping mall di bawah tanah mereka. Sebab tak sejuk dan harga murah sangat. Itu yang shopping selendang, kasut, baju, beg dan pelbagai barangan lagi sembil-sambil nak ke LRT balik ke kawasan Gangnam. 
Contoh macam kedai ini. Beg longok-longok, semua lawa-lawa tau tak dia lelong 10,000 won sahaja. Sah duit Malaysia masa tu baru RM34 sahaja. Memang lah meroyan memilih wei. Beli sorang satu aje, sebab nanti luggage tak muat hahaha. Maklumlah pakaian semua tebal-tebal itu yang beli saja lepas gian. 
Itulah perjalanan kolin ke korea berjalan sendiri tanpa tour guide. Sebenarnya boleh aje ke Seoul tanpa pemandu arah ini. Cuma korang kena rajin bertanya dan explore. Jangan takut sesat, pegang aje map LRT tu dan simpan kad hotel korang. Mesti korang boleh balik punya. 


Saja nak bagitahu semua perjalanan dan pakej yang membawa kolin bercuti ke Seoul Korea adalah di bawah seliaan  KLIA TRAVEL 
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 
 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel
Terima kasih KLIA TRAVEL bawa kolin ke Korea.
Love,
Kolin Zainal 

4 comments:

  1. wah bestnya. Btw strawberry kat sana besar betul ye huhuhu

    Jemput Singgah :

    ReplyDelete
  2. chuross dia sama sedap mcm kat melesia punya tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lagi kat sana kalu tanya kolin hahah. Memang churros asal sana kan...

      Delete

loving me..loving you