Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jumaat 24 Mac 2017

assalammualaikum dan salam sejahtera

Agak sebak hari ini. Kita semua ada sejarah silam kan, sejarah yang pernah kita berkawan, berkongsi kasih dan kegembiraan. Sedih bila dapat tahu seseorang yang pernah hadir dalam hidup dah pergi mengadap pencipta selama-lamanya. Mungkin antara kami tiada jodoh, terus terang selepas kami dah ada pertalian sah dengan pasangan masing-masing terus terputus hubungan.  Dekat alam maya pun kami tidak pernah berhubung.

Tapi zaman teknologi sekarang ini, semua berita kita boleh google sahaja. Sedih dapat tahu seseorang yang pernah mengembirakan kolin dah pergi. Sebak sangat...hampir setahun dah pun rupanya. Tiada apa yang boleh kolin buat, hanya sedekahkan doa dan al-fatihah sahaja. Berdoa semoga arwah ditempat dikalangan orang yang beriman. Setiap yang hidup akan mati kan. Kolin sendiri tak tahu bila, kita semua tak tahu bila. Jadi sementara ada nafas, sementara ada kudrat, kita buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Semoga semua yang singgah blog kolin hari ini di permudahkan urusan. 

'Al-Fatihah buat diri mu yang 
pernah hadir di dalam hati ini'




Love, 

Kolin Zainal 

4 comments:

loving me..loving you