Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 3: Percutian ke Korea



 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sorry lah tergendala pula cerita bercuti ke korea bersama KLIA TRAVEL. Buat yang terlepas entri sebelum yang ini boleh lah rujuk kat bawah tu ye. 
Kolin nak sambung hari 2 di bumi Seoul, Korea.

Hari kedua bangun, masih sejuk sangat. Korang boleh tengok sendiri banyak salji tu haa atas jalan. Jalan memang licin, nasib lah ada boots yang beli kat Beijing dulu masih boleh digunakan. So tak lah licin berjalan sebab kasut yang kolin pakai tu memang untuk cuaca Winter kan. Dapat juga kolin tengok salji !!!! 

Ini view dari apartment kolin

Awal pagi bangun, kami semua pergi breakfast. Apa aje yang boleh makan cereal, sayur-sayuran dan juga roti. Yang lain diragui halal hahaha. Tapi makan lah cereal dan susu tu banyak-banyak untuk bekalan tenaga berjalan sehari suntuk kan. Apartment Oak Valley ini memang besar dan selesa. Korang boleh cuba google kalau nak try  menginap kat sini. Kolin sebab KLIA TRAVEL dah susun semua. Memang terbaik !





Ini antara yang kolin makan bagi alas perut sebelum bertolak ke kota Seoul. Lebih kurang 2 jam jugak lah perjalanan kolin kali ni ke Lotte World. Sebelum balik sempat lah posing sekitar Oak Valley Aparment tu. Memang lawa sangat pemandangan, teruja. !

Sepanjang perjalanan memang boleh tengok banyak sangat pemandangan cantik-cantik di sini. Memang alam semulajadi mereka menakjubkan, maklumlah ada 4 musim kan. Kolin rasa masa spring atau summer memang lagi lawa. Hope ada rezeki datang lagi ke sini laa


Dah siap posing, kami semua naik bas terus ke ibu kota Seoul. Sebab semalam ke tempat main ski dan Nami Island tu keluar bandar atau countryside. So jom kita ke Seoul !!! Perjalanan mengambil masa 2 jam dan akhirnya kami tiba di Lotte World. Memang clueless sebenarnya apa yang ada kat sini, tapi kolin redah sahaja. Sebab semua perjalanan atau itenarary dah pun disediakan oleh pihak KLIA TRAVEL. So kita layankan aje, senang juga berjalan pakej siap macam ni. Lega otak !

Lotte World adalah tempat bermain dan bersuka ria dari golongan muda sampailah yang ke tua. Kiranya memang lengkap betul hiburan dalam ini. Ada sebelah dalam dan ada juga taman tema di luar. Jadi kalau cuaca tak sejuk seronok lah melepak kat luar tu.

sebelah dalam Lotte World

Sebelah luar Lotte World

Disebabkan masa yang suntuk dan sejuk sangat kawasan luar ini memang kolin tak lah beratur nak bermain apa pun. Kami semua jalan-jalan dan menikmati budaya warga Seoul. Memang happening ! Dan dinafikan mereka memang sporting dan tak malu dalam bergaya. Samada lelaki atau perempuan mengenakan aksesori comel-comel sahaja tau. Jom kolin belanja gambar posing-posing kat sini.









Nampak aje macam ada matahari kan, tapi sejuk weiii. Tu dah abis posing kami semua masuk balik ke taman tema dalam untuk makan tengahari. Yang bestnya melancong di Seoul ini banyak makanan halal yang korang boleh cuba. Lagi lah kalau pakai pakej melancong bersama KLIA TRAVEL ini memang mudahlah kita kan. Semua tempat yang halal sahaja mereka akan bawa kita.

Jom lunch dulu !!



Inilah kami makan untuk lunch hari kedua. Makan pizza, kebab, salad dan kentang goreng.
 Selesai makan, kami sambung balik bersuka ria dalam taman tema Lotte World pulak.
Macam-macam ada kat sini kalau lah ada di Malaysia macam ini memang happy lah anak-anak. Tempat ini macam Genting Highland pun ada juga, macam Universal Studio pun ada juga. Tapi pada kolin lah, macam lebih ke hadapan aje tempat ini.

Kat sini ada tempat untuk solat tau. Sebab dah ramai pengunjung beragama Islam melancong ke Seoul kan. Jadi makanan halal ada, surau pun ada. Korang tak perlu risau ok. Dengan KLIA TRAVEL semua keraguan korang terlerai. Yang penting korang pergi 
melancong dengan gumbira ye. 


Dah makan pun bergegar tangan snap gambar hahaha. Jom ronda-ronda dalam ini. Katanya ada parade atau yang menari beramai-ramai tu. Tu yang nak sangat tengok tu !! Disebabkan kolin pergi ini dekat nak Krismas jadinya banyak hiasan kat sini berkisarkan snow, santa, pokok krimas dan lain-lain lagi. Yang penting meriah !!!

Mari kolin bawak korang ronda-ronda kat Lotte World tengok apa yang ada ya. Tapi yang lebih mengembirakan bila kolin dan kawan-kawan dapat tengok Parade yang ada kat tengah-tengah ini.  Walaupun tak faham cakap Korea tapi memang kami buat-buat faham hahahah












Dah penat pusing berjalan dan bermain di Lotte World kami akan ke tempat lain pula untuk hari kedua. Kolin update dalam entri yang lain ya..sebab yang ini pun dah panjang sangat. Macam lah ramai nak membaca kan hahahah. So harap semua ini dapat manafaat untuk korang yang bakal ke Korea. Nak mudah dan senang tempah kat sini ok !!!


Terima kasih KLIA TRAVEL
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 
Email sahaja mereka di travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel 



Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you