Assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat semua peminat makanan pedas-pedas, Tony Roma's ada sesuatu yang baru buat anda bagi bulan Mac dan April 2017. Bermula 1 Mac 2017, korang semua boleh cuba tahap kepedasan korang di Tony Roma's Turning Up The Heat.
Yang terbaru dari Tony Roma's ini sudah semestinya memberikan suatu pengalaman istimewa bagi peminat Tony Roma's dengan pelbagai tahap kepedasan dan sos terbaru bagi memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Menurut CEO of Grand Companions Sdn. Bhd. iaitu George Ang, 'Pedas sudah menjadi satu budaya makanan di Malaysia. Beliau yang telah berada di dalam dunia kulinari selama 45 tahun, telah mencurahkan pelbagai kreativiti dalam menghasilkan pelbagai menu baru bagi pelanggan setia mereka. Dengan 'limited-time menu" beliau percaya ini bukan sahaja satu hidangan baru untuk di cuba akan tetapi ianya memberikan nafas baru untuk peminat makanan pedas. Tambah George Ang lagi, kami cipta menu untuk makanan pedas, tapi yang ini istimewa dihasilkan oleh Chef Tony Roma's yang memberikan rasa yang berlainan bagi menu yang bertaraf 'world famous'.
Yang pertama kolin cuba di dalam menu terbaru dari Tony Roma's Turning Up The Heat ialah Harissa Maple Glazed Chicken Wings
Appetizer atau pembuka selera ini dihidangkan dengan 6 Sweet & Spicy Harissa Wings bersama Fiery Jalapeno Coleslow. Pedas dari Jalapeno dan manis dari sos Maple sememangnya membawa rasa baru bagi maksud pedas. Buat yang suka pedas manis dan hidangan simple, ini untuk anda.
Beralih kepada Tony Roma's signature iaitu Ribs, Seafood & Steak, menu terbaru juga menampilkan Spich Peach Beef Ribs & Peppercorn Steak Combo.
Kedua-dua ini dihidangkan bersama Habanero- Peach dan Peppercorn di sapu atas 5oz Sirloin di temani bersama kentang lenyek dan juga brokoli segar. Hidangan cukup sihat dan mewah ini sememangnya menjadi pilihan banyak pelanggan di Tony Roma's. Tapi istimewa kali ini korang boleh rasai sos baru mereka. Kalau nak tahu, ini lah kegemaran kolin. Daging lembut, cukup rasa, cukup pedas.
Hidangan yang tampil mewah ini pula ialah, The Lobster, Shrimp Pasta & Ancho Chili-Rubbed Salmon Platter gabungan terbaru yang menampilkan kepedasan Jalapeno Coleslaw, tiga mangkuk sup dan pilihan dua side dish. Macam gambar kat bawah ni lah. Sedap kan !!! Tengok gambar pun dah sedap.
Dengan hidangan yang segar, cukup untuk satu hidangan bagi dua orang. Ikan Salmon pun agak garing di luar dan lembut di dalam. Dan hidangan lobster ini di perah sedikit limau untuk menaikkan lagi perasa yang ada. Shrimp Pasta cukup menaikkan selera buat peminat pasta. Segar dan ramuan yang lengkap menaikkan lagi selera makan hidangan ini. Kolin bagi 5 bintang bagi The Lobster, Shrimp Pasta & Ancho Chili-Rubbed Salmon Platter ini.
Setiap menu mesti ada pemanis mulut kan. Untuk Tony Roma's Turning Up The Heat
ada TR Dessert Trio.
Ada tiga seleksi mini kek yang lazat iaitu Raspberry Royale Brownie, Shortcake with Fresh Strawberry Sauce, Strawberry Cheesecake, Red Velvet Cake atau Chocolate Chunk Cookie Sandwich. Inilah dia penutup yang paling unggul bagi menikmati juadah yang cukup sempurna. Lengkap kan !!! Cukup sempurna.
Lagi satu keistimewaan bagi semua peminat setia ada minuman yang cukup menyegarkan. Memang khas untuk selera yang suka pedas-pedas, korang boleh cuba Cucumber Jalapeno Romarita dan Spicy Cucumber Jalapeno Romarita.
Jangan tak tahu, rasanya manis tapi dah hujung-hujung tu terasa la pedasnya. Haa..kalau tak pernah rasa air minuman pedas, harus cuba yang ini tau. Tengok lah ada potongan cili hijau dalam air. Berani tak nak cuba ?
Nak lebih maklumat mengenai promosi Tony Roma's Turning Up The Heat yang sudah pun bermula dari 1 Mac sehingga April 2017, sila layari laman web di bawah ok. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW bagi segala informasi terkini.
Buat makluman korang semua di Lembah Klang sahaja Tony Roma'a ada 8 cawangan manakala dua lagi ada di Johor, satu di Melaka dan satu di Kuching Sarawak.
TONY ROMA'S
RIB . SEAFOOD . STEAKS
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you