assalammualaikum dan salam sejahtera
Ingat lagi tak tentang review kolin menginap di hotel ini selama dua malam? Kalau tak ingat ada apa dalam Suite 2 Bedroom korang boleh klik link ini ya.
Tak lengkap rasanya kalau review hotel tak bercerita pasal kemudahan yang ada di The Gurney Hotel & Residences Penang. Kolin berpendapat hotel ini amat sesuai untuk korang yang nak bawa anak-anak bercuti sekolah nanti. Sebab semua kemudahan beriadah ada di tingkat 7 hotel ini. Untuk yang muda sehinggalah untuk orang yang tua. Yang pasti Tingkat 7 ini memang akan menjadi igauan anak-anak korang.
Yang ini kolam infiniti atau Infinity Pool kata orang putih. Kolam sebegini memang tengah jadi trend setiap hotel. Tapi yang best kat sini view dia nampak laut weiii...seluas-luas mata memandang. Kolam yang mempunyai kedalaman 1.5 meter ini sesuai untuk kita yang memang nak beriadah dan melihat sunset atau matahari terbenam kat sini. The best view ever !!!! I enjoyed tengok matahari naik dan terbenam selama 2 hari menginap di sini. Priceless !!!
Kolam yang tu untuk dewasa kan. Tapi untuk kanak-kanak pun tak kurang menarik wei..siap slide dan lapang sangat untuk anak-anak.
Best kan !! Dah macam taman tema air dah. Siap ada mushroom besar tu, Slide pun kiri kanan, sure anak-anak korang akan suka melepak mandi manda kat sini. Kekadang penginapan yang kita nak pilih untuk bercuti penting semua ini kan. Ini cara kolin lah kalau mencari percutian keluarga. Semua kena menang-menang, kalau tak nanti tiada kenangan manis buat anak-anak.
Selain itu ada juga indoor games yang korang boleh cuba di Tingkat 7 hotel ini.
Gym ada juga, tapi open air lah. Basic machine sahaja, korang boleh lah kalau nak try work out kat sini. Kolin workout bergambar aje boleh ler hahahhahah
Buat yang nak smoking pun ada tempatnya tau. Steam bath, sauna dan bola tampar pasir pun ada. Memang lengkap kan riadah kat sini. Kalau dah boring nak ronda town Penang, satu petang sebelum korang nak balik boleh lah habiskan sepanjang hari melepak aje kat tingkat 7 ini. The Gurney Hotel & Residences staff dia baik-baik. Korang ada masalah cari aje staff mereka ok. Terima kasih buat Nik yang membuatkan kolin selesa sangat sepanjang menginap di sini. Jasa dan budi baik awak semoga Tuhan saja membalasnya.
Jangan lupa sewa sekali pelampung besar ini kalau mandi di kolam tu tau. Tangkap gambar lawa sangat huhuh. Terima kasih The Gurney Hotel & Residences. Hope to see you again ya....
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you