Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Safi Shayla untuk wanita bertudung kini dalam Pek Fleksi

assalammualaikum dan salam sejahtera

Walaupun dah bertudung, kolin tetap utamakan perjagaan rambut. Mahkota kan!! Rambut yang sihat bermula dengan penjagaan yang baik. Siapa yang tak nak rambut lebat, cantik dan bersinar kan. Lagi pulak lepas sarung tudung nak lah selesa dengan kulit kepala yang sihat dan tidak gatal kan.  Terima kasih SAFI SHAYLA sebab berkongsi dengan kolin mengenai syampu yang bagus ini. Tak lupa jua untuk tudung HOPE by SUGARSCARF yang super comel. Kolin suka...syampu yang baik dengan tudung yang comel.


Tapi siapa tak nak produk yang lebih ekonomi kan. Tapi kualiti tetap di tahap yang best !! Kiranya nak berjimat tapi dapat syampu dengan harga yang mampu milik. Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas untuk wanita yang bertudung diperkaya dengan Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi SAFI Shayla Pek Fleksi.

Ada 8 jenis untuk korang semua cuba ok.

HITAM MENAWAN
SEGAR BERMAYA
ANTI KELUMUMUR
ITCH CONTROL
KAWALAN MINYAK
KAWALAN RAMBUT GUGUR
KAWALAN RAMBUT ROSAK
LICIN TERURUS

Haaaaa...pilih yang mana korang suka ok.



SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, penguna boleh guna terus atau sebagai pek isian semula. Lagi best boleh dijadikan sebagai pek pengembara. Menurut. Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI, mereka mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat. 



Selain itu, kata Puan Mahsuri, Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perktaan 'fleksibel' iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara atau pun keadaan. SAFI Shayla memudahkan kehidupan wanita bertudung, macam kolin ni. Senang sangat nak pergi travel, kolin hanya perlu transer SAFI Shayla kepada bekas yang lebih kecil dan senang nak dibawa mana sahaja.
Macam baru-baru ini kolin travel, senang sangat. Buh dalam beg untuk bekalan 2-3 hari sahaja. Tak perlu botol besar-besar. Yang penting kita boleh kitar semula. Sebab pek SAFI Shayla mesra alam dengan pengunaan plastik 65% lebih kurang. 


Tapi lagi penting, kesesuaian syampu itu sendiri kan. Kolin dah pakai dan sememangnya nak syor kepada semua wanita bertudung untuk mencuba rangkaian SAFI Shayla. Berkesan untuk kolin dalam menghalang pembentukan kelumumur pada kulit kepala. Dan sejak pakai dua minggu ini, kurang sikit lah nak garu-garu kepala tu kalau kat pejabat kan. 

Nak beli murah sahaja harganya RM14.65 untuk setiap pek ini. 

Follow dan LIKE 


Happy giler bila mahkota dipelihara, lepas ini lebih lah masa dengan family kan. 



Love, 

Kolin Zainal


1 comment:

loving me..loving you