assalammualaikum dan salam sejahtera
Alisa lahir pada 29.09.2009 dan semenjak dah darjah satu ni, dah pandai nak sambut birthday dah. So dekat rumah tu, ada kalendar hari-hari dia pangkah, macam counting days lah. Jangan lah korang ingat kolin yang ajar, dia sendiri yang request nak 60 goody bag untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Nasib baik ada DIY yang berbaloi harganya untuk barang keperluan berparti kan.
Fokus nak pilih nak beg warna apa, topeng apa, semua benda kalau boleh dia nak beli.
Senyum tak sudah bila semua kehendak dipenuhi tau.
Selepas itu kami ke AEON BIG untuk beli sedikit jajan untuk di masukkan sekali dalam goody bag dia.
Disebabkan dia yang beria-ia nak buat sambutan, sahaja kolin biar dia packing barang-barang dia sendiri.
Tapi Alisa nasib dia baik, sebab dapat abang yang sanggup tolong dia susun dan masukkan barang. Siap stapler satu-satu, cek apa yang ada tak ada lagi. Ye lah, anak 2 orang sahaja kan. Kalau tak saling membantu siapa lagi.
Inilah dia abang yang kesian kat adik dia. Sanggup tolong walaupun bebel-bebel hahahha.
Nanti kolin share macam mana sambutan hari lahir Alisa kat rumah ye. Kami ber4 sahaja, tapi meriah sangat. Alhamdulillah, yang penting anak senyum dan happy. Semua goody bag dah dibawa ke kedua-dua sekolah dan semua orang happy. Siap cikgu belanja cup cake untuk Alisa. Thank you teacher !!!
Untuk semua jiran-jiran yang Alisa hantar kek dan bagi angpau dan hadiah pun terima kasih banyak-banyak. Alisa happy sangat malam tu, so ini lah dia persediaan sambutan hari lahir Alisa peringkat sekolah. Peringkat rumah nanti next entri kolin taip lagi.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you