Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Berhujung minggu di Tadom Hill Resorts

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kolin selalu tengok TADOM HILL RESORTS melalui FB dan juga IG. Kali ni kolin nak pergi sendiri dan tengok tempat yang selalunya dalam gambar memukau dan memanggil untuk pergi. Ikutkan tak jauh pun terletak dekat dengan KLIA dan juga Sepang Circuit International. Kolin waze sahaja dari rumah, dalam masa sejam perjalanan kolin sampai ke lokasi. Masa nak sampai ke lokasi itu perhatikan betul-betul sebab papan notis mereka agak kecil. Nasihat kolin, jangan bawa kereta laju-laju semasa mencari lokasi. 

Jalan masuk ke Tadom Hill Resorts pula tidak berturap lagi. Ikutkan dari tepi jalan dah nampak tasik hijau itu. Hati-hati bawa kereta ya, tempat letak kereta sangat banyak, bab tu jangan lah risau. 


Dah sampai kolin terus ke kaunter hadapan resort ini. Tempatnya agak kecil sahaja dan di kaunter ini kami dikehendaki mengisi borang dan maklumat diri. Kemudian ke kaunter pembayaran. Untuk day pass atau sekali masuk seramai 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak kolin dikenakan RM105.00. Dah bayar sekali ini, segala fasiliti yang ada di dalam resort ini adalah percuma. Maknanya kalau korang tak mahu bermalam, tapi nak berhujung minggu di TADOM HILL RESORTS boleh lah ambil day pass sahaja. Kalau kolin tanya pekerja di sini, nak booking penginapan mereka ambil 3 bulan sebelum. Tapi tak lah macam kat hotel penginapan mereka. Aktiviti dan tempat tidur lebih kepada kehijauan atau nature gitu. 


Papan notis untuk rujukan apabila sampai di sini.


Kaunter pendaftaran sebelum masuk ke kawasan Tadom Hill Resorts.

 Tempat makan yang disediakan.


Ini pula pintu masuk utama ke kawasan penginapan Tadom. Jom kita tengok apa jenis kediaman yang ada untuk bermalam di sini. Next time memang kolin ada cadang nak bermalam di sini. Cuma nak pesan, sesiapa yang ada anak kecil di bawah 1 atau 2 tahun, kolin tak galakkan datang ke sini. Fasiliti mungkin tak selesa buat anak dan ibu. Mana yang dah besar macam anak-anak kolin sure mereka enjoy. 





Memang bersih dan semua dalam keadaan tersusun. Kolin puji tandas mereka yang bersih dan cukup segala fasiliti yang diperlukan. Surau pun ok sangat. Yang nak berkelah, BBQ atau apa saja boleh lah tanya mereka di FB atau IG mengenai caj yang dikenakan. Kalau nak masak dari rumah pun boleh, sebab mereka tak cek pun beg korang bawa apa. Bole tapau KFC dan makan ramai-ramai kat sini. 

Inilah pondok yang kami pilih untuk bermain air tasik hijau di sini. 


Kebetulan hari lahir anak saudar sebelah suami, Helmi memang seronok lah sambut birthday kat sini. Semua tak di rancang, rezeki dia betul lah kan. Dah ada tempat port, kami semua tak sabar nak terjun dah.





Nak terjun dalam tasik, semua pengunjung di wajibkan memakai jaket keselamatan. WAJIB !!
Ini semua faktor keselamatan, ada life guard atau pegawai keselamatan kat tepi tu. Memang kalau ada yang tidak memakai jaket keselamatan yang dibekalkan akan dimarah dengan wisel mereka. Orang ambil berat isu keselamatan kan, tak salah kita semua ikut peraturan. Pendek kata, tak mahu apa-apa yang buruk terjadi sepanjang hujung minggu berseronok di sini kan. 

Seronok, happy dan semestinya 'dream come true' bila hubby setuju drive kolin ke sini. 
Terima kasih hubby !!! Korang patut datang dan cuba.
Tasik ini ikutkan tak lah sebesar mana pun, tempat pun kecik aje. Tapi jadilah, ada juga tempat beriadah baru. Merasa jua kami sekeluarga naik rakit buluh tau ! Lagi best Ali Imran siap terjun tiruk !!!
Nostalgia mandi sungai lompat-lompat kembali weii...







Dibuka dari pagi sehingga 6.30 petang, tempat ini sentiasa penuh dengan pengunjung yang dahagakan alam semulajadi. Kali ini kolin datang sebagai day pass, mungkin lain kali kolin datang sebagai salah seorang pengunjung yang menginap. Best lepak tempat makan dia, sambil minum jus, tunggu matahari turun.

Datang lah sini kalau korang ada masa lapang, kalau nak menginap call dulu ok. 
Takut full booked. Terima kasih TADOM HILL RESORTS.

Kolin tak lupa nak ucapkan kepada adik yang jaga pondok lifeguard tu. Masa kunjungan kami tu, Ali Imran telah cedera di bawah bibir, akibat kecuaian terkena dayung rakit. Tapi pekerja di life guard, bertindak cepat dan terus rawat luka tu. Siap letak ubat dan tampal plaster lagi. Padahal dah berdarah-darah masa tu. Terima kasih banyak-banyak ye. Semua jasa TADOM HILL RESORTS amatlah kami hargai. Itu bukan salah mereka, tapi salah anak kolin yang cuai. So memang tak de nak marah pun. Malah mereka bantu.

Korang kalau pergi hati-hati ok, perhatikan budak-budak yang sememangnya bakal berseronok di situ.
Takut jadi macam Ali Imran kan.. So jangan lupa pergi ok. 

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

  1. Waaa bestnya tempat ni... Kalau tak baca entry ni mesti tak tahu :) Bolehla datang nanti :D

    ReplyDelete

loving me..loving you