Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Bagi tahun 2016, ini lah kali kedua penganjuran Larian - ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 yang bakal mengambil tempat pada Sabtu 3 Disember 2016 2016. ICE-WATCH jenama dari Belgium ini telah kembali menganjurkan larian di waktu malam yang penuh warna-warni yang menjanjikan lebih keriangan dari tahun penganjuran mereka di tahun yang lalu iaitu pada 2015.
Larian yang bakal mengambil tempat dari dan balik semula ke Plaza Shah Alam ini ada larian sejauh 5KM atau 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang sesuai untuk korang. Tempat pada tahun ini adalah di Plaza Shah Alam sudah tentunya menyediakan tempat letak kereta yang cukup Cafe makanan dan minuman serta tempat membeli belah sebagai pilihan kepada semua peserta selepas larian yang dijangkakan berakhir pada 12.00 tengah malam. Jadi Plaza Shah Alam akan beroperasi di luar waktu kebiasaan lah kan.
Tahun ini 2ndSkin bakal menjadi penaja rasmi bagi T-Shirt kepada semua pelari. Tapi istimewanya kali ini korang semua boleh pilih warna kesukaan korang. Ada 7 pilihan warna t-shirt yang ada iaitu biru, hijau, kuning, oren, merah, pink dan juga warna ungu. So berlari lah beramai-ramai, pakai baju warna yang korang suka. Kolin pasti larian malam LIGHT UP THE NIGHT RUN 2016 anjuran ICE-WATCH ini bakal menjanjikan kenangan manis buat semua peserta kali ini.
Majlis perasmian kali ini Dato' Sri Meer Habib, Chairman dari ICE-WATCH Malaysia telah berbesar hati turut bersama-sama menandatangani t-shirt ini sebagai simbolik pendaftaran telah pun bermula. Beliau berbangga dpat sekali lagi menganjurkan acara seperti ini di mana mengajak para pekerja mereka sendiri dan orang ramai menjalani hidup sihat dan buat aktiviti ini bersama-sama keluarga.
ICE-WATCH - Light up the Night Run 2016 adalah satu tanda sokongan dan bagi menimbulkan minat berlari kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Kata Dato' Sri Meer lagi ini juga memberikan satu semangat kesukanan dan persaingan yang sihat di kalangan golongan muda.
Untuk kali kedua Mr. Hafiz Md. Khas, Project Director of The Marathon Company berkerjasama dengan ICE-SWATCH untuk acara yang bakal melibatkan 5000 peserta lari. Segala aspek keselamatan dan jua tempat berlari bakal diteliti bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini. Jangan risau sebab orang-orang The Marathon Company akan berada di sana untuk membantu.
Mesti semua nak tahu hadiah atau ganjaran larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016, hadiah RM700 setiap seorang bagi 5 peserta terbaik lari lelaki dan jua 5 peserta terbaik wanita di dalam kategori 10KM. Manakala yang mendaftar pada tahun ini ICE-WATCH akan memberikan hadiah kepada peserta yang berdaftar dan bertuah dengan jumlah keseluruhan RM1,000,000.00. Setiap peserta yang bertuah bakal menerima jam tangan yang bernilai RM699 setiap satu. Percaya cakap kolin, jam tangan ICE-WATCH lawa.
Inilah dia link untuk korang kumpul maklumat dan berdaftar dengan segera:
Tambahan kepada semua tawaran menarik ini ICE-WATCH juga menawarkan sekali pembelian untuk Ice Style Collection pada RM99 untuk peserta yang berjaya mendaftar dengan ICE-WATCH Light Up The Night Run 2016 yang bernilai pada RM699. Ini semua korang boleh tebus dari 1 sehingga 31 Disember 2016 di mana baucer tersebut akan diberikan di dalam race kit setelah berdaftar. Senang kan, yuran mendaftar pun RM70 sahaja untuk setiap peserta. Ada pakej menarik untuk keluarga yang ramai, jangan lupa cek online ok. Semua ada dan kalau perlu tengok website mereka www.ice-watch.com
Terima kasih ICE-WATCH sebab buat event warna-warni macam ini. Berlari waktu malam tak panas kan, lagi syok dapat berlari bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Kolin dah daftar, korang nak daftar sila cepat-cepat ke link mereka sebab kolin dengar dah ramai sangat daftar, takut tutup pendaftaran nanti melepas !!!
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you