Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bersantai di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selama dua malam kami menginap di HOTEL PRIMULA BEACH, KUALA TERENGGANU kami dihidangkan sekali sarapan pagi untuk dua orang. Sarapan pagi secara buffet ini  ada ciri-ciri makanan tempatan orang Terengganu. Ruang makan yang ada di Bayu Cafe ini juga selesa untuk seisi keluarga. Terletak sama level dengan lobi hotel ini, menjanjikan keselesaan tahap optimum untuk semua tetamu yang menginap di sini. Ada Nasi Dagang, Nasi Lemak, Keropok Goreng, Buah-buahan dan jua menunya berubah pada setiap pagi. Tapi kalau korang ke sini, jangan tak cuba nasi dagang. Kuah gulai ikan tongkol di Hotel Primula Beach ini memang antara yang paling sedap kolin pernah makan.


Ini tempat nak check in dan check out. Sama aras dengan Cafe untuk bersarapan. 






Di Cafe Bayu ada makanan timur dan barat. Pilihlah ikut selera ya. Dan pastinya selesai sarapan pagi aktiviti riadah dan santai sekitar hotel ada tau. Ada kolam renang dan jua pantai. Cuma kalau ke pantai memang perlu hati-hati sedikit. Menurut kata orang tempatan, pantai di sini bahaya. So kami cuma main di gigi air dan sempat jugalah main bola sepak pantai. Yang penting dapat 'vitamin-sea' tu kan.

Anak-anak kolin memang dah dari cermin cafe dah perhatikan kolam renang. Ada tempat gelungsur untuk kanak-kanak dan kolam untuk dewasa jua. Tak sabar lepas makan pagi nak terjun kolam kedua-duanya pun. Ada disediakan tuala mandi, tapi kolin frust masa ke sana tuala hanya akan ada pada pukul 11.00 pagi. Kalau dah mula mandi jam 8.00 pagi nak tunggu 11.00 pagi lama sangat dah kan. Paling kuat mandi kolam 2 jam, kami pun dah ready nak explore Bandar Kuala Terengganu.


Haa dedua budak ini memang kalau panas, mata terus jadi sepet. Tapi kolin paksa jugak nak ambil gambar, sebab kolin terangkan ini semua akan jadi kenangan abang dan lisa. Nanti dah besar adalah kenangan datang sini kan. Nasib baik mereka berdua setuju dengan penerangan kolin hahahahah




Dah penat mandi pool, korang juga boleh lepak tepi pantai sambil tunggu matahari terbenam, main-main pasir atau apa sahaja sukan pantai yang ada.


Macam yang ini, hubby dan anak-anak kolin main bola sepak pantai, siap Alisa jadi penjaga gol lagi.
Memang seronok betul main tepi pantai, sebab angin kuat hehehe



Inilah antara yang ada kalau korang menginap di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu ini. Ada kolam renang dan jua laut. Kalau nak merasa BBQ di waktu malam ditemani angin laut pun ada promosi.

Setakat ini kolin happy menginap di sini, dan berharap dapat datang lagi nanti.






Ada taman untuk korang lepak juga. Mana tahu nak melepak-lepak sambil bergosip kan.
Ini lah gambar kami, hari kedua breakfast berdua sahaja. Sebab anak-anak tak mahu bangun pagi. Dapatlah kami berdating berdua-duaan kan hehehehhe

Hope perkongsian ini ada manafaat bagi sesiapa sahaja yang hendak ke sini ok.


Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you