Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

COMPASIA - Program 'ReNew+' yang membolehkan Telefon Pintar diupgrade setiap tahun dengan mudah !

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

CompAsia atau ComputerAsia Sdn. Bhd. adalah satu syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang telah melancarkan satu program pemilikan yang bijak dikenali sebagai 'Renew+'.
Ianya dijangka dapat mengubah sikap penguna terhadap urusan jual-beli telefon pinta di Malaysia, Singapura dan juga Filipina. Pelancaran pada kali ini 'Renew+' adalah satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang lain di ketiga-tiga negara. Oleh itu, korang kena baca apa yang kolin nak kongsi kali ini, kerana ianya sangat bermanafaat untuk ambil tahu mengenai gadjet ini.

COMPASIA telah ditubuhkan dari tahun 2012, di mana pada mulanya ianya membangun industri membaik pulih peralatan elektronik. Kini langkah progresif telah dilaksankaan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik penguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk pengunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monito, pelayan web, komputer tablet dan juga telefon pintar yang mereka di jual di laman web mereka sendiri iaitu www.comp-asia.com.


 Kemunculan Renew+ pada kali ini telah membolehkan telefon pintarbaru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Sebagai contoh: korang dah pakai iPhone6 korang dah setahun, nak upgrade ke iPhone7 pula, mudah sahaja mengunakan Renew+ yang ditawarkan oleh COMPASIA. Pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone7 atau iPhone7+ dan disamping itu, pembeli juga dapat memulangkan iPhone mereka selepas selesai pembayaran selama 12 bulan bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun hadapan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade mahupun dikenakan yuran pembatalan. 



 Pembeli hanya perlu membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia di link ini www.comp-asia.com atau mana-mana kedai yang menawarkan skim Renew+ ini. Dianjurkan melalui Maybank EzyPAy, pelan ansuran tanpa faedah selama 24 bulan hanya untuk pemegang kad kredit dari Maybank sahaja. Di samping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran 'Phone Guard' percuma selama setahun sebagai perlindungan dari skin retak. 

Menurut, Mr. Julius Lim Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia, pada tahap permulaan ini ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan permintaan yang tinggi. Walaubagaimana pun Mr. Julius Lim menyatakan matlamat CompAsia untuk menawarkan lebih banyak pilihan di masa akan datang. Mengharapkan impak kepada program ReNew+ kepada kepantasan teknologi yang berkembang ini, bagi memaksimumkan pengunaan kitaran hayat sesebuah telefon pintar. Kiranya sekarang, kepada sesiapa yang selalu mengikut perkembangan iPhone dan selalu ingin bertukar kepada yang latest atau terbaru tapi nak skim yang tidak terikat dengan kontrak atau apa-apa, skim ReNew+ ini adalah yang terbaik untuk kaki gadjet.

Jadi kepada semua peminat iPhone7 dan iPhone7 plus yang suka ikut perkembangan terkini, boleh lah try skim ReNew+ ini. Sebab setiap tahun korang boleh upgrade dengan bayaran bulanan yang sangat murah.

Untuk iPhone7 32GB RM160/sebulan, 128GB RM182/sebulan dan 256GM RM210 sebulan. Manakala untuk iPhone7 Plus 32GB RM190/sebulan, 128GB RM2015/sebulan dan 256GM RM240/sebulan. Ada 'phone guard' warranti untuk cermin telefon yang retak juga tau. Tak perlu terikat lagi dengan mana-mana rangkaian telefon yang ada, tiada pembayaran pendahuluan dan tiada bayaran untuk korang upgrade. Menarik kan COMPASIA RENEW+ PROGRAM. 

Cepat-cepat klik link mereka dan dapatkan semua tawaran menarik ini ok.

Love,

Kolin Zainal






No comments:

Post a Comment

loving me..loving you