Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Riang ria Ramadhan di Klang Parade

assalammualaikum dan salam sejahtera

Jadikan Klang Parade sebagai destinasi berbuka puasa dan membeli belah anda sempena Ramadhan ini. Sebabnya watak-watak animasi dari Boboiboy bersama rakan-rakannya seperti Yaya, Ying dan Fang akan berada di Klang Parade sepanjang hujung minggu bermula dari 18 Jun sehingga 3 Julai 2016. Boleh lah bawak anak-anak bergambar dengan mereka sepanjang bulan puasa ini.

Disebabkan itu kolin dan kawan-kawan hadir sama ke Klang Parade dan melihat sendiri apa yang ada di sini. Ternyata, Klang Parade yang membawa keriangan kepada seisi keluarga ini telah mulai beroperasi semenjak tahun 1995 dan kini diubahsuai untuk memenuhi semua keperluan pengunjung. Lebih menarik dan lebih banyak kedai untuk korang makan dan shopping !!


Kolin dan kawan-kawan diberi tugasan untuk melancong di dalam Klang Parade. 
Best kan !! Buat yang tak tahu apa ada di Klang Parade sempena menyambut puasa dan hari raya ini. Ini lah masanya kolin nak berkongsi dengan korang. Nak makan banyak pilihan, nak shopping banyak pilihan, parking kereta pun dah lebih baik. Lagi best ada GSC tau, dah penat shopping dan makan boleh tengok wayang jugak kan. Kiranya one stop centre untuk seisi keluarga. 

Kolin mulakan dengan melepak di Teh Tarik Place


Hidangan panas-panas yang mereka sediakan sangat menyelerakan. Cuba popiah dan pisang goreng mereka ok. Sangat menyelerakan untuk minum petang di sini. 



Dan hidangan ini dilengkapi dengan teh tarik yang berbuih-buih ini.
Tak berbuih memang tak tarik la kan.. 

Melepak dengan yang tersayang memang sangat best. Jangan tak tahu Teh Tarik Place ada juga menyediakan menu untuk berbuka puasa. Set Meal 1 RM21.50, Set Meal 2 RM15.50 dan Set Meal 3 RM13.50. Pilih sahaja set yang mana mengikut kesukaan. Lebih info dan tempahan jangan lupa follow Instagram www. instagram.com/klangparade atau call 016-2605882.


Dah selesai melepak, terasa pula nak makan sushi. Kami semua dibawa mencuba Don Kaiten yang terletak di Klang Parade, aras G. Kolin sememangnya pengemar sushi. 
Teringin nak lihat sendiri kelainan yang ada di Don Kaiten sendiri. 


Tempatnya selesa, cantik dan yang lebih menarik menu yang mereka hidangkan adalah pada harga yang amat berpatutan. Pada korang yang selalu makan sushi, apa kata try ke Klang Parade dan try sushi ini. 


Ini lah harga promosi dan chef recommendation buat korang yang nak cuba makan di sini.
Pada kolin set lunch promotion yang mereka ada tu sangat-sangat berpatutan.


Ruang makan yang selesa dan luas sememangnya sesuai kalau korang datang dengan anak-anak kecil.
Semua penyediaan sushi dapat dilihat tau. Kiranya dapat tengok lah chef in action. 
Ketua chef di sini adalah wanita tau, nama dia Chef Anis.
Sangat peramah...kalau korang ke sini boleh lah berkenalan dengan Chef Anis. 

 Spider Maki

 Unagi Tama Maki

 Tempura Set
 Seafood Set


Lihatlah wajah-wajah ceria kami apabila dihidangkan dengan semua sushi yang lazat ini. 
Sememangnya berbaloi buat pengemar sushi. Don Kaiten mempunyai satu-satunya cawangan iaitu di Klang Parade. So nak rasa apa yang kolin makan ini kenalah datang ke sini. 

Yang paling kolin suka !!! Sushi Cake..
Boleh order ini kalau ke sini ok. Dengan harga RM68 sememangnya berbaloi. 


Dah dua tempat makan kolin melancong kan. Sekarang tiba-tiba nak cari kasut baru. 
Kalau di Klang Parade ini, korang boleh singgah ke Red Modani. Kedai kasut yang terletak di aras G juga.
Tak jauh pun dari Don Kaiten yang kita makan tadi tu. 

Sekarang Red Modani tengah ada promosi tau. Murah sangat ! 
Ada yang 2 pasang RM50 dan RM75. 
Untuk kasut lelaki dan kanak-kanak memang banyak pilihan.  
Perempuan kalau ada sepasang kasut sahaja, mana cukup kan !!!
Harusnya berpasang-pasang lah untuk hari raya nanti. Nak pulak di Red Modani ni murah.




Masuk sahaja kedai anak kolin dah pilih kasut yang dia suka. Warna merah laa kasut raya dia tahun ini. Nampak tak bukan main senyum dapat sarung kasut merah tu.



Kolin pula macam biasa lah. Cari wedges yang simple sahaja. 
Selesa dan ringan. Cutting pun lawa. 


Inilah kasut raya kami yang dibeli di Red Modani. Lepas berbuka makan sushi boleh beli kasut raya terus.
Jangan susah payah nak bersesak dengan orang ramai pun. 
Relak dan jom shopping kasut hihihih

Siap 'thumb up' sebab happy giler dapat kasut baru tau. 
Pilihan banyak jangan risau ok. Pergi awal-awal sebab takut takde saiz aje nanti kalau dah berkenan. 

Dah penat shopping kasut, kolin dan kawan-kawan teringin nak makan kudap-kudap.
Naik sahaja ke tingkat 5 dan cuba Hot & Roll ok.
Pelbagai pilihan untuk dicuba, buat yang tak pernah cuba lagi tau.


Jom kita melepak dulu !!!!

Di Hot & Roll ada pelbagai pilihan yang boleh korang cuba. Antaranya ada Crispy & Sweet iaitu Banana Chocolate dan Crunchy Peanut pada harga RM4.90 sahaja.


Ataupun boleh cuba Crispy Savoury antaranya ada Chicken & Cheese, Chicken Floss, BBQ Chicken, Satay Chicken, Black Pepper Beef, Pizza Beef atau Double Cheese & Onion pada harga RM5.80 sahaja. Buat yang nak makan berbuka simple tu boleh la try Hot & Roll.

Mereka juga ada Chapati Chicken Sausage atau Chapati Chicken Rendang pada harga RM3.90.




Terpulang nak yang pedas atau  yang manis semuanya ada di Hot & Roll.
Tempat lepak yang simple dan senang untuk korang cuba di Klang Parade. 

Tengok lah sendiri anak kolin, Alisa Maisara yang dah penat shopping kasut tu makan. Memang berselera. 
Tingkat 5 di Klang Parade jangan lupa ok !!!


 Buat yang mencari pelbagai pilihan makanan pula. Jangan risau sebab Klang Parade ada food court yang cukup selesa dan luas untuk seisi keluarga. Pilihan makanan pun banyak sangat. Kalau datang ke sini nak berbuka, terus tekan ke tingkat 5 dan pilihlah masakan apa yang korang nak. Penang, Chinese, Siam, Jawa, Indonesia segalanya ada dan tersedia di sini. 

Selamat datang ke next Food Junction di Klang Parade







Best kan Klang Parade. Nah kolin dah share apa yang ada di Klang Parade. Nak shopping atau nak makan segalanya tersedia tak perlu pergi jauh-jauh pun kalau tinggal di Klang atau Shah Alam. 
Maklumlah musim beraya ini segalanya sesak di KL tu. Apa kata tahun ini kita beri kelainan sedikit dengan berbuka dan membeli belah di Klang Parade. 

Sebelum balik kita makan la ABC dahulu. Kalau nak makan begini, naik tingkat 5 ok.


Menurut kata, John Tam, Centre Manager for Klang Parade, pelbagai pilihan makanan di sini, dan kami di Klang Parade pasti para pengunjung Muslim akan lebih selesa dengan tiada masalah untuk berbuka puasa dan membeli belah bersama-sama keluarga. Malahan pelbagai promosi dan pertandingan bakal di adakan di sepanjang bulan ramadhan dan menjelang raya. 

Korang boleh lihat sendiri update mereka di www.facebook.com/ARA.KPM untuk lebih maklumat mengenai events yang bakal Klang Parade adakan. 

Terima kasih buat blogger Ida dan Blogger Kak Hanny yang jadi team 'melancong' kolin pada hari itu. 
Terima kasih kawan-kawan sebab sudi share gambar dan keriangan di Klang Parade.


Ada masa sure kolin dan family akan datang lagi bergembira di Klang Parade. 
Harapnya tak terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua pengunjung blog kolin. 
Jangan lupa ke Klang Parade untuk persiapan raya tau. Banyak promosi!!!!


Love, 

Kolin Zainal

4 comments:

  1. semua best...kadang-kadang jalan-jalan kat mall pun syok pilih makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan..minggu depan kita jalan-jalan hotel pulak ye sally hahhaha

      Delete
  2. yeayy! kenyang tak terhingga ari tu kan kan .. jumpe lagi kakk.. hehe

    ReplyDelete
  3. best2 jalan2 cr makan, nt nak pergi sana lah.

    ReplyDelete

loving me..loving you