Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

DASHING Pembersih Muka untuk Lelaki Aktif

assalammualaikum dan salam sejahtera

Rangkaian penjagaan No. 1 Malaysia iaitu Dashing telah berkerjasama dengan Manchester City Football iaitu kelab bola Premier League dan telah berjaya mencipta satu rangkaian produk yang bakal memenuhi keperluan lelaki aktif. Buat pengetahuan korang, Dashing adalah minyak wangi EDT, Deodrant, Body Shower, Gel Rambut, Bedak dan pembersih muka.  


Di dalam memastikan kebersihan sehari-hari, lelaki tidak lari untuk memastikan penampilan mereka lebih kemas dan bersih bukan. Dengan itu sebagai lelaki 'macho' kini Dashing melancarkan rangkaian pembersih muka mereka yang terbaru dan telah di endorsed oleh Kelab Bola terkenal iaitu Manchester City Football Club. Pembersih muka di dirumuskan khas untuk lelaki aktif Asian tau. Ianya bakal membantu lelaki aktif yang mempunyai masalah terhadap kulit muka mereka. Nampaknya lelaki Asian kini mempunyai penyelesaian kepada masalah kulit kan. 

Untuk korang pilih dan bagi orang tersayang senang aje. Ada 5 rangkaian produk untuk di pilih iaitu:

Icy Fresh: Yang ini khas untuk kesegaran kulit dan yang mengandungi Ice Glacier Water yang memastikan kulit wajah bebas dari kepanasan yang melampau. Tangani kekeringan kulit seperti David Silva.



Oil Clear: Dashing Oil Clear yang diformulakan dari bahan rahsia Bamboo Charcoal atau arang ini dapat menanggalkan sisa kotoran minyak dari kulit wajah. Bina pertahanan yang kuat daripada minyak dan kotoran seperti Vincent Kompany.



Extra White: Dapatkan wajah kulit yang lebih cerah macam Samir Nasri ok. Diformulasi dari Swiss Apline Plant ini memberikan kulit yang lebih cerah dan segar. Ianya juga mampu mengurangkan 
parut di muka.




Acne Free: Tiada yang lebih bagus dari Sergio Aguero di dalam menjaringkan gol bukan. Inilah yang terbaik bagi melawan jerawat dan bakteria di kulit. Dashing Acne Free sememangnya bagus untuk kulit muka yang lebih sihat.



Whitening Scrub: Siapa kata lelaki tidak boleh mempunyai kulit yang halus mulus! Anda mampu dengan Dashing Whitening Scrub yang dirumus dari garam laut. Ianya mampu menyingkirkan segala kekotoran dan tidak menyumbat pori-pori. Jangan lupa dapatkan kulit lembut dan halus seperti Kevin De Bruyne!




Dashing Facial Cleanser ini di datangkan dalam saiz 100g untuk 10.90 dan 50g berharga RM6.90 sahaja. Jadi kepada kawan-kawan yang suami atau abang mempunyai gaya hidup yang sihat. Belikan sahaja yang ini! Sudah pasti dapat menjaga kulit mereka dengan sihat dan lebih tampil hensem lah kan. Macam hubby kolin yang dah mula gunakan rangkaian produk dari Dashing ini. Sebab memang hubby selalu atas motor buat kerja kan. Beliau memilih untuk guna Dashing Oil Clear dan juga Whitening Scrub. Pasti selepas ini kebersihan kulit wajah lebih kemas dan sihat bukan. 

Buat pengetahuan korang, Dashing juga menjalankan peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan iaitu 11 pemenang bertuah akan ke Manchester UK selama 6 hari 5 malam semuanya di taja penuh.  Turut diselitkan sekali 3 hari kem latihan bersama City Football Academy tau. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ok. Dapat duduk rapat-rapat dan lihat sendiri Etihad Stadium dan VIP tiket untuk menonton perlawanan bola secara LIVE pada 19 Mac 2016. Di mana Manchester City FC dan Manchester United akan beraksi nanti. 


Senang sahaja pun nak join, hanya SMS aje. Beli sahaja produk Dashing atau Elite dan hantar SMS anda sebelum ianya berakhir 31 Disember 2015. Cepat dapatkan DASHING anda!!!! Chaiyokkkk

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you