Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Buat aiskrim sendiri aje

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin tak pernah masuk Daiso ok, korang jangan nak kehji aku sebab aku tak pernah pergi Daiso. Kebetulan hujung minggu lepas kolin ke Sunway Pyramid dengan Hubby cari barang sikit kat Ace Hardware tu, sekali nampak DAISO lah bertentangan kedai.

Nak dijadikan cerita, memang banyaklah barang dan rambanglah mata kami apabila masuk Daiso kan. Semua barangan dijual, segala peralatan ada..nasib "mak' dan 'abah' sahaja mereka tak jual tau. Anak dara kolin, Lisa memang suka sangat makan aiskrim. Sehari tak beli aiskrim memang tak lengkap hidup dia. Disebabkan itu, kolin beli bekas ini untuk buat sendiri aiskrim di rumah.


Harga tak mahal pun dalam RM5.68 sahaja itupun selepas GST. Yang ini arahan atau peringatan macam mana nak gunakan bekas ini.


Untuk percubanaan kali pertama kolin try buat ice cream dari kordial aje lah dulu. Punyalah malas nak cari buah-buahan dan beli susu untuk buat ice cream kan.



Dah siap tu, tuang sahaja kordial yang dah kolin buat tu. Saja buat manis sikit sebab nak rasa manis masa sedut ice cream tu nanti. Yang warna warni tu adalah batang dia tau. nanti letak sahaja kat atas bekas tu.


Dah siap pun ! Terus lah letak dalam freezer untuk dibekukan. Kena betul-betul beku ok. Kalau korang tarik batang tu dan terkeluar maknanya tak betul beku lagi tu. Kena beku betul-betul, selepas itu tarik aje keluar. Tapi kalau susah nak tarik, rendam sekejap atau alirkan air paip sekejap kat atas bekas tu dan terus tarik. Memang teruja anak-anak apabila dapat buat ice cream sendiri. Nanti kolin nak try beli pisang dan susu buat ice cream buah-buahan. Mesti sedap kan!!!


Tu budak yang excited ice cream dah siap!!! hahahha...
Tak sempat kolin snap gambar dia keluarkan ice cream dan makan semuanya dah selesai.
Tapi korang cubalah, bagi ibu-ibu yang nak adventure bersama anak-anak. Boleh cuba yang ini, sebab mereka boleh pilih apa perasa yang mereka nak. Beli aje kat Daiso ok.

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

  1. hahahah...sally ada jugak kat rumah...sekali dua kali je rajin..lepas tu hampeh! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah..ni pasal anak dara ni nak buat. Kalau tidak memang lemau

      Delete

loving me..loving you