assalammualaikum dan salam sejahtera
haii korangg...sihat tak?
Kali ini kolin nak share macam mana kolin boleh mula berblog. Kolin bukan lah femes blogger dan income beribu-ribu macam orang lain kan. Hatta nak dapat jemputan ke event pun sekali sekala sahaja. Masih mencari-cari tapak untuk maju dalam dunia blogging ini. Lagipun macam otai-otai yang dah lama berblog cakap, sekarang banyak blogger dan tumbuh bagaikan cendawan kan.
Inilah entri pertama kolin
Entri kolin yang mula-mula dulu memang pasal manik. Kolin mula berblog pun adalah untuk share dan menjual hasil manik kolin. Sejak 2011 kolin berblog dengan cerita manik, resipi, kisah keluarga, kawan-kawan dan segalanya yang berlaku di sekitar kolin. Ada juga entri yang kolin tulis dalam keadaan marah tau. Maklumlah kalau kita marah ni lidah lagi berbisa kan.
Dan sejak 2015 tak silap kolin lah, kawan kolin nannie isa pemilik blog kitepunye
yang membawa kolin ke dunia event. Masa itu lah kolin mula cerita pasal event-event yang kolin hadiri. Dan sesudah itu kolin mula buat review pasal makan, kecantikan dan lain-lain lagi.
Tanpa disedari dah pun penghujung tahun 2015. Bermula dari 2011 dan kini 2015, maknanya kolin berblog baru 4 tahun. Syukur Alhamdulillah, setakat ini blogger baru dan lama ramai kolin kenali. Bertambahlah kenalan dan kawan-kawan baru kan. Semoga ukhwah yang terjalin daripada kolin berblog ini dapat kekal selamanya. Dan kini kolin berharap blog kolin akan melangkah dengan lebih jauh lagi. Mana tau rezeki boleh berhenti kerja awal macam blogger yang terkenal yang lain-lain tu. Teringin juga kolin nak jadi bos kan...hhihi
Terima kasih sebab sudi baca entri ini...
terima kasih sudi tengok blog kolin...
doakan kolin ya
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you