Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cuti khas sempena Selangor menang!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Well..sesiapa nak cakap kolin poyo ada kisah! hahahah 
Memang kolin menyokong kedah pada final minggu lalu, sebab memberikan sokongan kepada yang tersayang yang berasal dari KEDAH. Ikutkan hati nak pergi stadium lagi nak tengok big screen yang disediakan. Mengenangkan anak bujang baru sahaja bersunat tak boleh bersesak. Kolin dan hubby batalkan niat nak berkampung dan berpesta bola tu. 



Anyway...tahniah kepada pasukan Selangor kerana berjaya menjadi JUARA!! Selangor adalah negeri kolin membesar dan kini mencari rezeki di sini. Syukur Alhamdulillah bila dah menang dapat cuti khas kan!! Dah lah kolin bercuti dari hari Khamis sambung sehingga ke hari Isnin. Owesome!!!

Disebabkan dah cuti berlama-lamaan ini, minyak malas pun dah nak tepu ok. Malas betul nak naik kerja dah ni, hatta sambil menaip ini sambil buat kerja hakiki kat opis ni. Saja bagitau kolin wat kerja, takut ada yang kata kolin ni tak de keje kan. haaa ...ko rasa ada tak yang membaca ni se opis ngan aku hahahha

Nak cerita banyak tak guna, Selangor dah menang mengatasi Kedah, 2 gol tak berbalas uoolss..
Tapi ada ubi ada batas, next year kami balas ya...

Majulah sukan untuk negara!!
So proud sebab tiada gaduh, tiada perbalahan di kalangan peminat bola di stadium hari tu. 
Keep it the good spirit. Tunjukkan akhlak yang baik untuk generasi masa hadapan. 
Bersukan tak perlu bergaduh ok!!!



Tahniah Selangor!!!


Love

Kolin yang best bercuti ...muackkkhh

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you