Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Design Kasut Wanita Terkini



assalammualaikum dan salam sejahtera


Siapa yang tak suka kasut??? Sebagai seorang wanita normal sekurang-kurangnya kolin mempunyai lebih daripada 10 pasang kasut tau. Itu belum yang dekat rumah, dalam kereta lagi. Kalau ada dua kereta makanya kedua dua kereta itu akan dipenuhi dengan kasut. Itulah wanita!!! 



Kasut adalah pelengkap bagi sesuatu gaya. Setuju? Tanpa padanan kasut yang bersesuaian, gaya seseorang itu pastinya akan kelihatan janggal dan tidak menarik. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kebanyakkan wanita pastinya mempunyai lebih daripada sepasang kasut dalam koleksi mereka. Seperti rekaan pakaian yang kerap berubah, rekaan kasut juga sering berubah dan mengikut trend fesyen terkini. Bercakap mengenai trend kasut, berikut merupakan diantara design kasut wanita terkini yang boleh anda temui di 
pasaran dan sedang trending, antaranya seperti di bawah ini.




Open-Toe Ankle Boot

Ini merupakan rekaan boot yang paling latest dan dilihat digayakan oleh ramai selebriti antarabangsa, salah satunya adalah model terkenal Kendall Jenner. Koleksi boot ini direka dengan bukaan kecil di bahagian jari kaki dengan tumit yang tinggi. Pakai dengan long skirt memang lawa kannnnnnn


Ankle Strap Wedges Heels

Design kasut kedua yang digemari adalah ankle strap wedges heels atau kasut wedges heels dengan rekaan strap pada buku lali si pemakai. Rekaan kasut ini sesuai digayakan dengan apa jua jenis pakaian. My Fav!!!


Wedges Sneaker

Bagi wanita yang ingin tampil sporty tetapi masih mahu mencapai ketinggian yang ideal, koleksi wedges sneaker adalah pilihan kasut yang terbaik! Sporty tapi still feminin tau.


Abarcas Flats
 
Ini mula merupakan rekaan flats yang paling terkini dan mula mendapat perhatian daripada ramai penggemar fesyen. Rekaan flats yang begitu simple menjamin keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai. Yang ini memang all time favourite lah. Siapa yang tak suka flat shoes kan.

Terpulang kepada korang suka yang mana. Tapi inilah Design Kasut Wanita Terkini yang boleh kolin kongsikan. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki memang di ambil kira. Segalanya ada di pasaran, cuma kita sahaja perlu gayakan. So buat lah pilihan hati sekarang!

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you