assalammualaikum & salam sejahtera
Selamat menyambut Awal Muharram buat semua. Ada juga yang sebut Maal Hijrah kan. Apa juga ianya merupakan tahun baru dalam kalendar Islam. Sebagai seorang yang waras dan sentiasa mohon ketenangan hati dari yang Maha Esa ini, sudah tentu kolin nak pasang azam baru. Azam baru belajar melupakan kesakitan yang pernah kolin lalui sebelum ini.
Kolin adalah seorang yang sangat degil. Mengaku sebab memang kuat sangat degilnya. Lagi bertambah degil apabila kolin dituduh, dijatuhkan hukuman atau dipersalahkan tanpa memberi peluang kolin membela diri. Semoga tahun baru nanti kolin kurang sikit degilnya.
Lagi-lagi orang anggap kolin macam ROBOT! Hari ini awak tikam belakang saya, esok hari awak nak saya senyum bergembira depan awak. Maaflah...pangkat tinggi atau rendah bukan ukuran pada kolin.
Awak akan dhormati kalau awak layak dihormati itu sahaja. Kalau dalam bahasa omputih
"You Earn Your Own Respect"
Punyalah menahan marah, sampai kawan nasihat.
"kolin, bacakan surah Yaasin dan sedekah pada dia"
Yup i did it! I did it twice. Semoga orang yang sentiasa ada niat buruk dan miskin hati sebab sibuk mencari kesalahan orang lain ini lembut sedikit dan berubah. Kolin tiada pangkat, tiada jawatan penting langsung.
Tapi saya manusia bukan ROBOT!
Love,
Kolin Zainal
Kolin Zainal
Be nice to people on your way up because you'll meet them on your way down.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you