Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Melawat Blue Coral Aquarium di Menara Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahu atau tidak, sebenarnya kalau kita ke Menara Kuala Lumpur atau KL Tower ini banyak sangat aktiviti bersama family yang boleh kita buat. Di antaranya melawat Blue Coral Aquarium @ KL Tower


Untuk peminat dunia di bawah laut ini samada air masin ataupun air tawar memang sesuai datang ke sini. Banyak sangat spesis ikan yang boleh kita tengok keindahan dunia bawah laut.


Yang ini ikan kecil biru-biru yang super comel, tenang sahaja duduk depan aquarium ni



Haaa gelap sikit gambar...sorry ler. Tapi perhatikan yang kan belakang tu comel sangat.
Kat sini semua aquarium di jaga rapi dan diberi makanan secukupnya. Itu lah pasal seronok sangat datang ke Blue Coral Aquarium di KL Tower ini. Yang kolin confirm, anak-anak mesti suka!


Inilah gamat bagi sesiapa yang tak pernah tengok gamat secara dekat. Minyak gamat langkawi saja tahu kan. Haa kalau ke Blue Coral Aquarium ini memang banyak spesis ikan boleh kita tengok. Ikan yu pun ada..ikan masin kat pasar ada..kat sini tiada ye.

Selain itu, hidupan coral atau batu karang berwarna-warni pun ada kat sini. Lawa sangat!
Tenang hati dan mata tengok semua hidupan laut di sini.


Ikan pari pun ada tau! Tengok dia berenang sana sini.
Besar kan!


Ini ikan nyombong ...korang tengok kolin suruh senyum pun tak mahu!
Tapi inilah yang ada di Blue Coral Aquarium di Menara Kuala Lumpur
Kalau nak tengok lebih ikan dan spesis yang ada boleh ke sini bila-bila masa ok.

Bawak family, kawan-kawan tau rombongan ke sini. Tiket untuk Dewasa RM12.00 sahaja dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Untuk lebih maklumat layari sahaja laman web mereka www.bluecoralquarium.my atau telefon di talian 03-2026 2252 untuk penempahan atau pertanyaan lanjut.

Blue Coral Aquarium @KL Tower 
"Witnessing the life downundersea world"

Love,

Kolin Zainal



Be nice to people on your way up because you'll meet them on your way down.


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you