assalammualaikum dan salam sejahtera
Perjalanan dari Shah Alam ke Felda Residence Tekam yang terletak di daerah Jengka ini mengambil masa lebih kurang 3 jam menaiki bas ekspress. Memang dah lama kolin tak merasa rombongan begini.
Seronok jugak kan bersama kawan-kawan, perjalanan jauh pun rasa dekat dah.
Sesampai kami di perkarangan masuk ada pemeriksaan polis tau.
Mungkin kena buat pendaftaran sedikit sebelum masuk ke dalam
Bagaikan satu bandar kecil di dalam ini. Siap lengkap dengan sekolah, klinik, pejabat dan pelbagai kemudahan lain. Good job Felda!
Besar sangat kawasan ini, dari pintu pagar tu makan masa dalam 10 minit sebelum bas kami berhenti. Perut memang dan lapar pun, tak sabar nak makan masakan orang kat sini.
Ini bahagian hadapan Felda Residence Tekam. Tapi untuk aktiviti kolin dan rakan-rakan kali ni kami semua menginap di chalet yang disediakan. Chalet yang boleh masuk seramai 4 -5 orang ini cukup selesa dah. Yang bilik kat bangunan depan signboard ini mungkin lebih kepada penginapan untuk 2 orang sahaja kut.
Kemudahan kolam renang kanak-kanak dan dewasa pun ada berhampiran dengan hadapan residence ini. Sesuai lah kalau nak bawak anak-anak merasa suasana felda kan.
Untuk chalet yang kolin menginap ini memang siap segala kemudahan. Cuma kalau dah ramai-ramai macam rombongan kolin ini, selalu timbul masalah air lah. Pihak Felda Residence dah maklum akan perkara ini. Itu sebabnya di bilik penginapan kami disediakan tong air dan gayung untuk kemudahan. Tapi memang agak serik lah kalau dah bilik bertiga kan. Hope akan datang masalah air selesai lah.
dua katil single di bahagian atas chalet.
katil queen, almari dan meja solek di bahagian bawah pula.
Siap aircond dan kipas juga, tak perlu risau pasal panas lah kan.
Penginapan chalet sederhana dan selesa bagi kolin. Setakat kalau nak buat family day atau teambuilding memang sesuai lah. Next entri kolin share apa aktiviti lasak yang boleh kita buat kat sini ok. Setakat kolin menetap selama 3 hari 2 malam ini bab makan memang sederhana sahaja. Tapi killer menu dia adalah sambal tempoyak dan ulam-ulaman. Pasalkan ada kedua-dua ini memang bertambah-tambah kolin makan.
Keseluruhannya bagi kolin resort yang cukup sederhana dan rasanya memenuhi bajet kalau ingin ke Tekam.
Sila lah datang ke sini dan rasaikan sendiri pengalaman anda.
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you