assalammualaikum dan salam sejahtera
Spice Market Cafe yang terletak bersebelah pool di Hotel Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa mempunyai dekorasi yang sangat menarik. Dengan semua pameran mengenai rempah ratus di bumi Malaysia di pamerkan, barangan antik untuk tatapan pelancong luar dan dalam negara. Kolin yang rakyat Malaysia pun jakun tengok semua barangan yang dipamerkan ini. Memang unik! Ini ruangan masuk hadapan tau.
Menginap di Rasa Sayang Resort & Spa ini sungguh menenangkan, rugilah kalau tak try sarapan pagi kat sini kan. Spice Market Cafe mempunyai barisan makanan yang banyak untuk dipilih sebagai sarapan pagi. Daripada yang berat sehinggalah yang berkhasiat. Pendek kata, kalau korang bercuti dan menginap di sini tak perlu lah risau. Semua yang di hidangkan pasti menambat selera individu. Ada ruangan berhawa dingin atau ruangan luar juga. Tapi jangan risau, ruangan luar itu tidak di benarkan merokok atau Vapor. So memang best dapat menjamu selera sambil menghirup udara laut dari tepi pantai Batu Feringgi.
Nak tahu atau tidak meriah segala juadah yang dihidangkan ini, jom review gambar kolin.
Inilah dia Mr. T! Maskot bagi Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
Maskot yang super cute ini akan berada di sekitar Spice Market Cafe semasa kita bersarapan kat sini.
Kalau korang nak jumpa Mr. T, jangan lupa datang Shangri-La Penang ok.
Bersarapan kat Spice Market Cafe memang satu pengalaman yang best. Tak pernah lagi kolin sarapan ada pelbagai juadah. Masakan Cina, India, Melayu, Western dan Jepun pun ada. Mana lah pernah kita makan sushi pagi-pagi untuk sarapan kan. Tapi di sini segalanya mungkin! Memang rambang mata nak pilih mana satu nak makan. Seleksi makanan pagi yang sangat hebat!
Inilah pilhan kolin! Ada sushi, baked salmon dan roast mushroom. Jus oren tu pula adalah perahan jus segar bukan dalam kotak tau. Pada kolin semua sarapan kat sini sedap. Korang nak rasa sedap atau tidak, mai lah datang ke Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa di Batu Feringgi!
Cepat tekan http://www.shangri-la.com/ dan booking ok. Ada promosi terbaru tak silap kolin.
Love,
Kolin Zainal
BEST GILA KAK BUFFET DIA! HAHAHAHA
ReplyDeleteKAN...esok aku tayang international buffet pulak
Deletemau hentak kaki ko nangis hahaha