Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pembukaan Hello Kitty Gourmet Cafe, Sunway Pyramid

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat pink dan Hello Kitty memang tak akan melepaskan peluang ini. Kini Hello Kitty Gourmet Cafe terletak di Oasis Boulevard, Ground Floor di Sunway Pyramid Mal telah dibuka. 
Boleh menempatkan seramai 150 tetamu pada satu-satu masa dan juga bagi jamuan. 

Cafe ini dibuka dari 10.00 pagi  sehingga 11.00 malam pada setiap hari Isnin sehingga Khamis. Manakala bagi Jumaat dan Sabtu sehingga lewat 12.00 malam. Cafe yang beroperasi oleh H KTY Holdings Sdn Bhd ini menjanjikan anda pelbagai manisan dan makanan yang boleh dinikmati. 


Pada 26 Oktober 2015, Hello Kitty Gourmet Cafe telah dirasmikan. Hiasan dalaman cafe ini memang cute dan comel sangat. Semua pink dan berunsurkan kecomelan. Sehinggakan sayang betul nak makan cupcake ada motip Hello Kitty ini. Rasa kolin nak bawak balik dan frame sahaja tau. 


pic credit to Hello Kitty Gourmet Cafe FB

Menurut Ann Robertson,  Marketing Director bagi Cafe yang comel ini, Cafe ini terkenal dengan signature dishes yang membawakan ciri-ciri Eropah cuisine dan juga all day breakfast made to order, termasuk salad.  Semua hidangan adalah dihidangkan secara eksklusif bagi semua tetamu.
Tambah Ann Robertson lagi, kami benar-benar ingin mempamerkan aspek baru dari Hello Kitty yang tidak pernah dipertontonkan kepada semua. Kami juga mempunyai banyak merchandise Hello Kitty yang boleh didapati di oulet Sunway Pyramid. 


Buat sesiapa yang suka pink dan hello kitty boleh lah datang melepak kat sini. Boleh dikatakan dekorasi dalaman yang ada kat sini semua comel belaka. Kolin share sikit gambar hidangan mereka semasa Grand Launch hari tu ok. Memang comel yang berganda ganda sangat.







Ruangan khas untuk jamuan juga ada. Dekorasi dia memang lawa sangat.
Sesuai untuk sambutan yang lebih romantik.



Comel kan! Memang sesuai untuk pergi melepak dengan kawan-kawan dan nikmati apa saja menu yang ada di sini. Yang minat Hello Kitty sure kegembiraan berganda sebab kat Malaysia dah ada Hello Kitty Gourmet Cafe kan. Tak perlu ke oversea kalau nak melihat sendiri bagaimana cafe Hello Kitty.
Dekat sahaja, Sunway Pyramid pun dah ada.

Jangan lupa terjah FB mereka iaitu Hello Kitty Gourmet Cafe untuk semua updates ok.

Love

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you