Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Systema 3D Clean dengan berus 0.02mm

assalammualaikum dan salam sejahtera

Systema telah mengadakan roadshow mereka hujung minggu yang lalu di One Utama Mall, Petaling Jaya, Kolin berkesempatan untuk pergi dan cuba sendiri berus keluaran terbaru mereka iaitu 3D Clean yang mampu mengatasi semua sisa makanan. Betul atau tidak berus gigi ini lebih baik dari berus gigi yang kolin gunakan sekarang, ini lah masa untuk buktikan.


Untuk melihat berkesan ataupun tidak Systema 3D Clean ini kolin diberi makan popcorn dahulu dan berus gigi tengah-tengah dalam One Utama. Tak pernah dibuat orang kan! Kali ini memang kolin berus gigi dalam Mall. Tak kisahlah, janji dapat rasai sendiri berus gigi Systema berbanding berus gigi yang kolin gunakan sekarang kan. Mana tau lebih elok dan bersih dari berus kolin gunakan.



Bila dah siap berus gigi, di Roadshow Systema turut disediakan pemeriksaan gigi percuma tau. Memang lepas dah makan popcorn dan berus gigi kita pasti nak tahu ada tak lagi sisa makanan yang tertinggal kan. Ada pakar pergigian yang akan beritahu kita berkesan atau tidak berus gigi Systema menanggalkan semua sisa popcorn yang kolin makan tadi.

Ternyata berus gigi Systema 3D Clean membantu kolin menghilangkan sisa popcorn tadi. Berus Systema yang lembut memang sesuai untuk kolin sebab sisa makanan memang suka lekat di celah-celah gigi. Lagi pula kolin adalah bekas pemakai pendakap gigi kan. Pakai retainer pun kadang-kadang kena berus selalu. Kolin suka berus gigi Systema sebab berus dia yang lembut dan design berus yang panjang pendek tu.

 Tiada apa yang penting pada kolin selain berus gigi yang lembut. Bonus sebab mampu menyingkirkan kekotoran gigi dengan sempurna.


Bukan saja nak puji berus gigi terbaru Systema, tapi memang betul. Bulu berusnya sangat lembut dan kolin rasa dapat membantu mengurangkan gusi berdarah kolin. Mempunyai pemegang yang lebih mudah dipegang ketika memberus juga memberikan keselesaan kepada kolin mengunakan berus ini. Paling penting gigi bersih dan selesa setiap kali selepas di berus kan. Kepala berus pun tirus dan kecil tak lah susah nak gosok di bahagian belakang mulut.


Berus gigi Systema mempunyai banyak rangkaian iaitu Basic Cleaning, Special Needs dan 3D Clean adalah dari rangkaian Enhanced Needs. Memang penjagaan gigi menyeluruh. Paling menarik ialah 0.02mm bulu berus itu. Memang boleh masuk di segenap ruang gigi kalau mengosok. Selepas ini kurang lah plak gigi kan.


Bagi mereka yang masih tak percaya Systema 3D Clean ini mampu membersihkan gigi 18% lebih baik dari bulu berus 0.01mm ini boleh lah ke laman web mereka www.southernlion.com.my atau pun ke https://www.facebook.com/KeepSmilingMY rasai sendiri pengalaman anda ok.

Kolin dah cuba berus gigi Systema 3D Clean ini dan ternyata berkesan menanggal sisa popcorn yang kolin makan sebelum pemeriksaan gigi oleh pakar. Apa lagi yang gigi kolin mahukan selain bersih dari sisa makanan kan. Selepas ini mesti gigi lebih sihat dengan Systema. Selamat tinggal berus gigi lama!

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you