Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ultras Malaysia Terbaik...!

Assalammualaikum
Aku pergi tengok bola malaysia vs thailand malam tadi. Kami pergi sekeluarga termasuk adik ipar aku lah. anyway kami decided nak pergi naik LRT sebab kalu kereta memang tak akan nak sampai lah kan. So pukul 5 petang kami dah bersiap dan tinggalkan kereta di LRT sentul. Yeay..masa kat  sana memang dah ramai dah oii..gelombang kuning hitam tak ketinggalan jua biru. Apa saja yang tulis malaysia semua orang pakai..semangat dengan bendera malaysia.
kolin, suami dan anak-anak terus amik lrt dari sentul ke bukit jalil hanya RM2.80 sahaja sehala. Masa dalam train LRT tu pun dah terasa kehangatan oii. tak dinafikan penyokong harimau malaya memang bersemangat sangat sangat termasuk aku.
sampai di stesen LRT bukit jalil, keluar aje dari perut LRT tu mereka bersorak sehingga bergema. penangan penyokong harimau malaya. kolin pun gedik sama pergi cari tshirt tuk suami, kolin dan anak-anak.mereka semua tukar tshirt lepas beli. kolin tak lah sebab memang dah pakai baju kuning pun. semangat tak aku hihihi...
Wah perlawanan bola bakal dimulakan, azan maghrib pun berkumandang. bangga sangat kolin, melihatkan senario ramai anak anak muda, semua lah..menunaikan kewajipan di mana mana sahaja. mereka mengunakan bendera dan kain apa saja dialas untuk menjadi sejadah. yang penting tuntutan kewajipan Yang Maha Esa ditunaikan. jangan ingat kami ke stadium tak bersolat ye...solat tetap solat.

masa nak mula tu sempat laa aku posing posing. tapi kan aku rasa penjual makanan kat
stadium ni memang mencekik darah. air dibancuh nampak oren, rasa ntah hape hape, burger kering nak mampus RM3 dema jual. Dah nak balik boleh pulak jual RM1 air dan burger pun RM1. dari awal awal bole tak jual makanan awak tu ikut harga yang boleh diterima akal. ini memang mengambil kesempatan mengila sangat tau. Sangat sangat tak bagus senario ini..
bayangkan nugget setangkat RM2 dan ada 3 ketul. sejuk, dah digoreng lama....berani dia jual harga tu. aiyoo..tak baik nyer...
anyway..masa perlawanan dimulakan..best giler weh. Pasukan Ultras Malaysia memang terbaik!!! Terbaik dari Ladang. teringin nak join sama oi..seronok giler..memang kalu pemain malaysia tak bersemangat tak tau lah kolin. Senario di stadium masa menyanyi lagu Negaraku sangat sangat meremang bulu roma. Sahutan sorakan dan nyanyian lagu semangat berkumandang tak kira mana saja di dalam stadium.


permainan pun dimulakan. memang tak dinafikan kita mempunyai banyak peluang untuk menang malam tadi. Tapi nasib tak ada, semoga pemain malaysia akan bertempur habis habisan di Bangkok nanti. Pastikan kemenangan milik kita MALAYSIA.

teringin nak kongsi semua gambar yang sempat kolin snap semalam. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1...takpe kita masih ada peluang. Berjuang lah wahai perwira ku

apa yang tak best masa nak balik, penyokong harimau malaya berasak nak masuk dalam LRT..kesian ali imran ditolak sana sini..nasib baik tak jatuh. Harap lepas ini penyokong harimau malaya lebih prihatin terhadap anak-anak kecil dan kaum wanita yang sama-sama turun menyokong harimau malaya. selain makanan...takde apa nak dikomplen semasa berada di stadium malam tadi. Pihak berkuasa sepatutnya memantau harga makanan yang ditawarkan supaya peminat bola sepak ada win win situation. Peniaga dapat keuntungan..keuntungan yang sewajarnya..bukan meletakkan harga mencanak dan sesuka hati..

So keputusan seri..kita nantikan perlawanan timbal balik di bangkok..ayuh Harimau Malaya!!








 
tu nampak bunga api dan kertas putih putih tu..tak silap kolin tisu gulung. memang kreatif ultras malaysia buat macam ni..meriah giler..dan kolin memang baca paper today yang thailand memang saiko dengan peminat fanatik malaysia...saiko saiko
 
bersepah giler tak oii..ultras malaysia terbaik!!
 
KERAJAAN MALAYSIA TERUTAMA KBS HARUS MEMBAWA GENG ULTRAS INI KE BANGKOK UNTUK PERLAWANAN TIMBAL BALIK BAGI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA HARIMAU MALAYA..PLS CONSIDER THIS KBS!!!!
 
semasa lagu Negaraku bergema satu stadium bukit jalil...syok sangat...!!
 


 
dan lelain tu gambar kolin anak beranak ler..anyway kalu harimau malaya mara ke final...kami sekeluarga pasti akan ke stadium sekali lagi untuk memberi sokongan..Go HM...

2 comments:

loving me..loving you