Friday, December 28, 2012

cendawan kukur

Assalammualaikum
kolin memang suka giler makan cendawan sisir atau cendawan kukur ini. entri kali ini adalah entri kedua, betapa aku mengambarkan aku suka sangat lah cendawan kukur ini. cendawan kukur ini boleh di dapati di batang pokok getah kalau musim hujan yang berterusan. dan pada musim hujan ini kolin dapat beli kat kawan kolin yeay..besar besar sangat..for sure makan sangat sedap..dan pilihan aku tentunya masak lemak cili api cendawan kukur.

ok cara cara masak cendawan kukur ini..buat sekian kali nya:

cendawan ini direndam di dalam air dan dibubuh garam untuk menghilangkan habuk kayu dan membersihkan nya.
amik cili api ikut kesukaan masing masing nak pedas mana
amik kunyit hidup dalam 3 cm

kedua dua cili dan kunyit itu ditumbuk bersama

panaskan periuk dengan sedikit minyak
apabila dah panas sikit, masukkan cili dan kunyit yang telah ditumbuk tadi
tumis sebentar...lepas dah tumis tumis tu
amik lah daging atau ikan bilis yang telah ditumbuk masukkan jugak
kalu takde tak payah...

lepas tu masukkan santan dan biarkan dia panas seketika..
masa tu kuah tu memang dah kuning cantek..kalu tak cantek masukkan kunyit serbuk sikit lagi dan jangan lupa garam secukup rasa..

bila dah mengelegak sikit..masukkan cendawan kukur yang telah dibersihkan tadi ...dan masak sehingga cendawan itu layu dan masak...

bila dah siap..amik nasi putih makan!!! faham ~


kesedapan lauk di dalam periuk tanah ini tidak boleh disangkal lagi ye..

jemput jemput hahahhaha

2 comments:

  1. taktau pulak kena rendam air garam dulu sebelum masak utk hilangkan habuk kayu dia sebab zura tak pernah masak kulat sisir sebelum ni.. sedapnye lahai gulai lemak cendawan, makan ngn nasik panas, ikan goreng & sambal belacan...

    ReplyDelete
  2. ha ah..petua katanyer..kalu nak hilangkan habuk kayu cendawan tu..rendam dengan garam. cepat sikit hilangnyer.
    memang sedap, ikan goreng garing plus sambal belacan!!

    ReplyDelete

loving me..loving you