Assalammualaikum
aku memang pemalas..pemalas yang amat sangat apabila mendapat gaji plus bonus hahaha. So jum kita ramai ramai pergi makan di luar ye. Decided ke tesco so pergi lah food court memandangkan di sini yang best cuma ada KFC hado.
So bila pergi foodcourt anak anak dah sibuk kesukaan nak main playgym yang ada. RM5 seorang tiada limit bermain, erti kata lain bole main sampai lebam. So memudahkan mereka ini kami pun benarkan lah kedua beradik ini bermain di dalam playgym. Sementara itu kolin dan hubby memilih menu makan untuk dinner kami.
Masa memilih milih kolin terus terpikat nak order nasi ayam. Sebab di tesco extra selayang ini, nasi ayam yang dihidangkan adalah pelbagai dan kita bole pilih. Nak ada sayur, nak ada cendawan, nak ayam macam mana semua ada..ada dekat 10 pilihan nasi ayam untuk dipilih lah kiranya.
nasi ayam yang sedap ini berharga RM6.90 sahaja
Dan hubby kolin memilik steak, tapi malangnyer steak tu hanyalah sekeping daging nipis yang sedih rasanya..sangat tak berbaloi. Dan untuk air, kami pilih air coke cincau dan air float yang sedap. Gambar lupa snap..tapi serius float tu vanila yang sedap bangat.
kepada sesiapa yang lapar dan dalam perjalanan di kawasan selayang ini boleh lah singgah untuk makan malam. Disebabkan kawasan ini terkenal dengan jem kan..so boleh jugak kalu nak cuba food court di tesco extra selayang ini. Semua ada...selamat mencuba
p/s: my nuffnang increasing to RM1.05 now...xoxo
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you