Friday, August 14, 2015

Pelanggan Giant "Bayar Tanpa Tunai" Menang EXORA!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuahnya siapa yang menang Exora tu kan! Suasana di ruang legar Giant USJ gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir sama bagi majlis penyerahan hadiah-hadiah kepada 10 pemenang bertuah yang telah menyertainya. Seorang pemenang menang PROTON EXORA dan sembilan yang lain memenangi pakej percutian dan baucer tunai.


Bertempat di Giant USJ Subang Jaya, turut hadir sama di dalam majlis ini adalah Ms. Norine Majaman, Pengurus Besar, Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., pemilik pasar rasa Giant di Malaysia dan Peter Schiesser, Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd. (MyClear).

Pertandingan Go Cashless itu merupakan salah satu usaha berterusan GCH Retail untuk mengalakkan pengguna terus mengunakan kad ATM atau debit semasa membeli belah di Giant. Ianya turut diadakan dengan kerjasama dari MyClear bagi menyokong aspirasi Kerajaan menjadikan transaksi tanpa tunai adalah salah satu budaya membeli belah di Malaysia.


Ms. Norine menyatakan "Kami gembira dengan sambutan yang diterima di mana lebih 73,000 penyertaan diterima untuk Go Cashless kali ini. Jumlah ini hampir dua kali ganda melebihi jumlah penyertaan utk peraduan selama 13 minggu tahun lepas. Hasil yang sangat mengalakkan ini menunjukkan Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk gaya hidup transaksi tanpa tunai.


Bagi Pengarah Urusan, MyClear Mr. Peter Schiesser pula beliau lebih gembira kerana kini transaksi tanpa tunai bakal menjadi amalan hidup di Malaysia. Ianya dapat mengurangkan risiko pengendalian wang tunai dan lebih selamat. Ianya adalah satu cara selamat ketika membeli belah tanpa perlu membawa wang tunai.

Kad ATM yang dikeluarkan oleh 15 buah bank iaitu Affin Bank, Alliance Bank, Agro Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Kuwait Finance House, Maybank, OCBC, Public Bank, UOB Bank dan RHB Bank telah diterima untuk peraduan Go Cashless ini.

Tahniah kepada semua pemenang utama!! Bestnya menang EXORA tu!


Puan Naziah dari Utara tanah air ini memang bertuah. Puan Naziah Binti Mohd Yusuff telah membawa pulang hadiah utama iaitu Proton EXORA 1.6 Standard Bernilai RM56,500.00.

Tempat pertama dimenangi oleh Henery Anak Sigan memenangi baucer Air Asia Travel bernilai RM8000.00. Tempat kedua oleh Samehah Binti Wan Abdullah, baucer Air Asia Travel bernilai RM5000.00 dan tempat ketiga Anwar Ul Haque memenangi baucer Air Asia Travel bernilai RM3000.00

Buat enam pemenang lain mereka membawa pulang hadiah saguhati berupa baucer Air Asia Travel bernilai RM1000.00 setiap seorang. Tahniah kolin ucapkan kepada semua yang bertuah ini. Mungkin kalau ada lagi kita boleh lah ramai-ramai join kan.


GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.adalah syarikat yang memiliki Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall. GCH kini mengendalikan 150 buah pasar raya di seluruh Negara dan mempunyai 13,000 orang pekerja. Semoga GCH terus maju di Malaysia dan  menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lebih lagi mengenai Giant sila layari www.giant.com.my  atau ikuti www.facebook.com/GiantMalaysia untuk lebih tawaran hebat. 

Love,

Kolin Zainal

*kredit gambar ihsan dari Giant Malaysia

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you